Tuesday 11 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Betty Benafe Sah Bergelar Isteri Jejaka Arab!


Betty Benafe Sah Bergelar Isteri Jejaka Arab!
JOHOR BAHRU, 10 DIS 2012: Dengan sekali lafaz, pelakon Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe atau Betty Benafe, 33, sah bergelar isteri kepada jejaka berketurunan Arab, Bruce Darghous.
Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di Villa, Kempas, Johor, tepat jam 2 petang, semalam.
Bruce dinikahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor (JAJ), Ustaz Ahmad Faisal Mohamed dengan berwalikan adik lelaki kepada Betty Benafe, iaitu Rifqi Benafe.
Betty menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Dengan bertemakan Arab, Betty menerima 5 dulang hantaran dari pihak lelaki berupa sebuah telefon bimbit berjenama Samsung S3, sebuah komputer peribadi Macbook Air, sebuah Apple TV, persalinan ibadah berupa telekung dan tepak sirih.
Manakala, Bruce menerima 7 dulang hantaran berupa sebuah Al-Quran digital, sehelai songket, set wangian lelaki, tepak sirih, buah-buahan, sejadah dan sirih junjung.
Majlis pernikahan tersebut telah dihadiri lebih 300 tetamu jemputan. Selain daripada ahli keluarga, majlis pernikahan dan perkahwinan kedua-dua mempelai turut dijayakan oleh pasukan jurufoto & videographer rasmi,Saza Studio & LH Mediatv dan juruacara majlis, Acad.
Pasangan ini dijadualkan akan mengadakan majlis persandingan pada 12 Disember 2012 (Rabu) di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers