Tuesday 11 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Shahrizal Jaszle Sah Bergelar Tunang Redzwani!


Shahrizal Jaszle Sah Bergelar Tunang Redzwani!
KUALA LUMPUR, 10 DIS 2012: Pelakon kacak yang sebelum ini dikenali dengan nama Shah Jaszle iaitu Sharizal Jaszle sah mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya, Redzwani Puteri.
Majlis pertunangan tersebut telah diadakan di kediaman keluarga perempuan pada Sabtu lalu (8 Disember 2012).
Pasangan yang kedua-duanya berusia 24 tahun ini membuat keputusan untuk bertunang selepas mengenali hati budi masing-masing selama setahun.
Menurut sumber, aktor yang sebelum ini hangat diperkatakan bercinta dengan ramai pelakon wanita itu berhasrat mahu mempercepatkan majlis perkahwinan.
Namun, pihak keluarga perempuan memohon agar tidak terlalu terburu-buru dan berkahwin mengikut adat yang sepatutnya disebabkan Redzwani adalah anak bongsu dalam keluarga mereka.
Antara sebab lain permintaan ini tidak dipersetujui kerana Redzwani baru sahaja menamatkan pengajian jazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam.
Malah, dia baru saja memulakan tugasnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang pada Oktober lalu.
Warga murai.com.my mengucapkan tahniah dan semoga pasangan ini kekal ke jinjang pelamin.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers