"Sebenarnya majlis akad nikah serta persandungan Anne ini dibuat secara biasa-biasa saja. Lagipun, untuk apa nak buat secara besar-besaran sebab ini bukan kali Anne berkahwin, sebaliknya ini perkahwinan Anne buat kali yang kedua.
"Seganlah buat buat meriah-meriah sangat. Nanti orang kata over pula. Yang penting, ianya dilakukan mengikut syarat dan ianya dapat diraikan bersama ahli keluarga, kenalan serta tetamu-tetamu lain yang diundang," kata Anne Ngasri kepada murai.com.my.
Anne yang ketika ini sudah pun berada di Benut, Pontian bakal diijabkabulkan dengan Sumali Reduan yang juga Sumali Reduan pada esok hari, manakala majlis resepsi pula dilakukan pada hari berikutnya (Ahad).
"Tuhan saja yang tahu bagaimana berdebar-debarnya hati Anne sekarang ini. Tiada apa yang Anne harapkan melainkan majlis ini akan berlangsung dengan sempurnanya.
"Ramai juga yang tertanya-tanya mengapa Anne melakukannya di Benut, Pontian dan bukannya di Kuala Lumpur. Sebenarnya, keluarga Anne orang Johor dan tunang Anne pula memang orang Benut.
"Jadi, selepas berbincang, kita sudah ambil kata sepakat untuk mengadakan majlis akad nikah di sini serta sekalikan saja majlis respsi di sini saja.
"Lagipun seronok juga kalau majlis kenduri kahwin dibuat di sini. Feelnya mungkin lain dan yang penting, pada hari pernikahan esok hari nanti, kita akan sediakan masakan kampung. Manakala untuk majlis resepsi pula, sudah semestinya nasi beriani yang memang jadi kebanggaan orang Johor," katanya lagi.sumber
adey muka dia ni dari dulu tak ubah..comel je..hhaaha
ReplyDeletehahaha mesti ade petua anne pakai bg muka comel ,,,huhuhu
ReplyDeleteemm..tu la..comel je salu..babyface
ReplyDeletehaha,, comel2 sangat2
ReplyDelete