Friday, 21 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Misha Omar Sudah Tempah Baju Kahwin dan Pelamin!


Misha Omar Sudah Tempah Baju Kahwin dan Pelamin!
KL, 22 DIS 2012: Dalam kesibukan Murai Batu membaca dan menelaah berita mengenai persiapan kahwin penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dengan Leuniey Natasha, Murai Batu didatangi seorang jejaka kacak menyampaikan berita gembira tentang penyanyi Misha Omar.
Sebelum membuka bicara, jejaka yang tegap badannya itu mengatakan dia bukanlah orang terdekat dengan Misha sebaliknya dia terdengar seorang rakannya berborak mengenai pelatun lagu Bunga-Bunga Cinta.



Menurut jejaka ini, Misha telah pun mengesahkan nama pereka fesyen baju pengantinnya dan pereka pelamin yang bakal menceriakan majlis perkahwinannya pada 2013.
Pun begitu, Misha dikhabarkan masih belum menetapkan tarikh pernikahan disebabkan dia terlalu sibuk dengan lakonan.
Namun, Misha dijangka akan bernikah dalam masa terdekat dengan tunangnya, Firos Ezzwa Rossly dan mungkin ia adalah tarikh yang mengejutkan.
Mungkinkah Misha akan bernikah pada 14 Februari 2013?
Apa sekalipun, pereka baju dan pelamin untuk Misha dimaklumkan sudah pun bersiap sedia untuk menunggu green light dari Misha.
Dalam erti kata lain, kalau Misha kata majlis kahwin akan diadakan pada Januari 2013,bermakna pereka fesyen itu pun sudah akan bersiap sedai menyediakan rekaan yang gempak.
Tanggapan ini berdasarkan sumber yang memberitahu bahawa Misha sudah banyak kali menelefon dan bertanyakan mengenai rekaan baju dan pelamin untuk perkahwinannya.
Nampaknya, selepas Khairul Fahmi Che Mat kahwin, media seni hiburan tempatan akan terus dihiasi dengan cerita perkahwinan artis.
MURAI BATU: Mendoakan semua pasangan pengantinn selebriti bahagia sampai bila-bila. sumber




2 comments:

Nuffnang Ads

Followers