Dalam statusnya berbunyi : "Harap semalam merupakan kerjasama terakhir saya bersama budak perempuan Neelofa. Sangat kurang ajar dan tidak professional.
Ada sumber Murai Batu memberitahu, mereka bekerjasama selepas designer itu menyediakan pakaian untuk Lofa yang menjadi pengacara bagi sebuah program wanita di sebuah stesen TV baru-baru ini.
Namun, Murai Batu sampai sekarang dok tertanya-tanya apakah kejadian yang berlaku di antara mereka sehinggakan designer itu sanggup meluahkan kata-kata tidak puas hati seperti itu?
Malah daripada kata-kata designer tersebut dia seperti sudah serik untuk bekerja dengan Neelofa!
Sebenarnya ini bukan sekali dua Murai Batu dengar Lofa menimbulkan masalah dengan orang-orang yang pernah bekerjasama dengannya. Barangkali Murai Batu kena tanya sendiri perkara ini kepada Lofa sendiri.Yelah, sebab Murai Batu tak mahulah hanya dengar cerita daripada sebelah pihak saja.
Tapi Murai Batu rasa jika Lofa mahu kekal di dalam industri ini, dia perlu ambil langkah untuk menjaga hubungan baiknya dengan orang-orang sekelilingnya terutama pereka fesyen, media dan pihak produksi yang berkaitan dengannya.sumber
0 comments:
Post a Comment