![]()
MAIZAR menegaskan bahawa Indonesia akan lebih bersedia dalam masa dua tahun lagi.
|
JURULATIH Indonesia, Nil Maizar menegaskan kegagalan pasukannya pada kempen Piala Suzuki AFF 2012 bakal membakar semangat mereka untuk kembali bangkit selepas ini.
Menurut Maizar, Indonesia akan merancang persediaan lebih rapi untuk edisi dua tahun akan datang.
Jelasnya, beliau menerima kekalahan itu secara terbuka dan menyifatkan barisan pemainnya telah mempamerkan aksi cemerlang walaupun tewas 0-2 kepada Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.
"Mungkin kali ini rezeki tidak memihak kepada kami dan Malaysia sememangnya berhak melangkah ke separuh akhir.
"Pemain saya telah mempamerkan corak permainan bertenaga dan saya tidak mahu menyalahkan mereka.
"Anak-anak buah saya juga mempamerkan semangat juang yang tinggi dan telah mencuba bermati-matian namun nasib tidak menyebelahi kami," katanya.
Maizar memberitahu: "Saya berharap kekalahan ini dapat dijadikan pengajaran kepada kami supaya lebih bersedia dalam masa dua tahun lagi.
"Saya percaya bila tiba waktu itu, kami mampu memberikan tentangan sengit kepada mana-mana pasukan.
"Sang Garuda akan bangkit, itu janji kami kepada penyokong Indonesia," katanya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2E0c25Brw
Hakcipta terpelihara
0 comments:
Post a Comment