Monday 3 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Ibu, anak terpisah 56 tahun dipertemukan


Saedah tak mampu menahan kesedihan apabila  bertemu semula dengan anaknya, Tuah  di Kampung Binjai, Bayan Lepas, Pulau Pinang, kelmarin.Saedah tak mampu menahan kesedihan apabila bertemu semula dengan anaknya, Tuah di Kampung Binjai, Bayan Lepas, Pulau Pinang, kelmarin.
Georgetown: Seorang ibu tidak mampu menahan kesedihan apabila bertemu semula anak lelakinya yang diserahkan kepada seniman Allahyarham Nordin Ahmad, 56 tahun lalu.

Pertemuan Saedah Kassim, 84, dan Tuah Hussin, 56, di rumah wanita berkenaan di Kampung Binjai, Bayan Lepas, di sini kelmarin, diselubungi suasana pilu sebaik anak kelima daripada lapan beradik itu tiba di kediaman berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), kira-kira jam 1.30 tengah hari. 
Saedah berkata, perasaannya sedih bercampur gembira kerana tidak menyangka bertemu semula dengan Tuah yang kini bermastautin di Singapura selepas diserahkan kepada seniman negara itu ketika mereka menetap di negara jiran berkenaan. 

Kenalan lama

“Arwah Nordin dan isteri, Salmah Ibrahim adalah kenalan lama saya dan mereka tiada anak, jadi saya serahkan Tuah kepada mereka ketika dia baru berusia 10 hari. Sejak itu, kami tidak pernah bertemu dan terus terputus hubungan apabila saya kembali menetap di Malaysia pada 1969.

“Inilah saat cukup bahagia dan saya amat bersyukur kepada Allah. Tak mampu nak berkata-kata apabila bertemu dan melihat sendiri Tuah di depan mata,” katanya ketika ditemui, semalam.

Pernah merajuk 
Sementara itu, Tuah berkata, dia dipelihara ibu bapa angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi pernah merajuk dan sedih mengenangkan ibu bapa kandung sanggup menyerahkannya kepada orang lain selepas mengetahui kisah itu ketika berusia 14 tahun.

“Sejak tahu kisah sebenar, saya berusaha menjejaki ibu bapa kandung tapi tak berhasil. Namun berkat kesabaran dan doa, saya bertemu kakak kandung pada satu majlis keramaian di Singapura sebelum dipertemukan pula selepas itu dengan abang dan adik beradik lain.
“Akhirnya saya pulang ke pangkuan ibu. Ini hadiah paling istimewa dan saya tak sangka sama sekali dapat bertemu semula dengannya kerana kami terpisah sekian lama. Insya-Allah, saya akan bawa ibu bercuti dan tinggal bersama di Singapura tidak lama lagi,” katanya yang mempunyai empat anak.sumber




1 comments:

  1. alhamdulillah...

    rezeki depa..


    http://mari.tengok.tv/

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers