Monday 3 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Lagi Cerita Pengurus Lebih Sudu Dari Kuah, Eh?




Kalau sekali terkena mungkin teman Murai Batu yang seorang ini boleh menutup mata dan membiarkan sahaja gelagat si pengurus artis popular ini yang dilihat mengamalkan sikap acuh tak acuh dan pilih bulu. Seolah-olah bagi pengurus tersebut, wartawan seperti teman Murai Batu itu sekadar picisan dan di pinggiran.
Perkara yang sama rupanya turut dialami oleh beberapa orang wartawan lain di mana harapan mereka untuk menemubual artis antarabangsa jagaan pengurus itu ditolak begitu sahaja atas alasan terpaksa bergegas ke lokasi lain.
Sebelum teman Murai Batu mahu menemubual penyanyi tersebut, dia dilihat meluangkan masa dengan peminat yang mahu bergambar dengannya dan tidak mempunyai masalah dengan situasi tersebut. Bila mahu ditemubual atas kejayaan yang diterimanya pada malam itu, mengapa dia perlu mengatakan tidak?
Walhal, wartawan senior tersebut sudah memberitahu bahawa dia hanya perlukan 2 minit sahaja bagi mendapat kenyataan daripada penyanyi tersebut dan bukannya mahu menemubual panjang. Pengurus itu tidak langsung berkompromi sebaliknya terus mengarahkan entouragenya bergerak meninggalkan tempat tersebut.
Mungkin pada hitungan si pengurus itu, peranan wartawan seperti teman Murai Batu dan beberapa wartawan senior lain yang berada disitu tidak diperlukan. Memang benar dan diperakui oleh semua orang bahawa artisnya itu hebat dan sering diburu, tetapi tidak salah rasanya untuk memberi peluang kepada mereka yang selama ini sentiasa menyokongnya.
Kalau benar pun dia harus bergegas ke tempat lain, jika dilihat, bukannya ketika di minta untuk ditemubual itu ada kereta yang menunggu di luar pintu majlis itu.
Tambah teman Murai Batu lagi, yang menambahkan rasa geramnya apabila mengetahui bahawa artis tersebut menginap di hotel bersebelahan tempat acara itu berlangsung. Hmmm macam-macam.
Mungkin kalau dia mengenali atau tahu siapa individu yang perlu dilayan, barulah dia akan berbuat demikian. Kerana ada juga yang berkata jika dihubungi di telefon khususnya, dia seakan sukar bekerjasama atau sekadar janji yang belum pasti dapat ditunaikan.
Beginilah jadinya kalau terlalu dibayangi dunia glamor yang diterima si artis tetapi pengurus pula seperti tidak tahu mengendali situasi. Akibatnya ia akan menjejaskan reputasi artis.
Suka hatilah, lagipun dia rasa tidak terjejas pun dengan perkara ini. Murai Batu pula sekadar mahu berkongsi. Manalah tahu orang lain turut mengalami situasi yang sama. Teringat pula satu ketika dulu, Murai Batu pernah menemubual Lisa Surihani yang ketika itu sedang melangkah ke kereta bersama ibunya untuk pulang daripada sebuah majlis.
Lisa memberitahu dia sudah lambat, tetapi jika Murai Batu tidak kisah menemubualnya sambil berjalan, dia sedia memberi sebarang kenyataan. Lisa juga sempat memberikan peluang kepada Murai Batu merakamkan beberapa keping gambarnya.
Haaa.. itu cuma sekadar contoh ringkas yang boleh dijadikan perbandingan kepada situasi yang berlaku kepada teman Murai Batu itu. Tiada sebarang provokasi atau niat untuk membezakan artis-artis kita.
Entahlah, setinggi mana pun anda dijulang, suatu masa hukum graviti itu tetap akan ada untuk menarik anda ke bawah, kan? Oops, terMurai pula mulut Murai Batu hari ini!
MURAI BATU: Perangai manusia kadang-kadang yang bukan-bukan gayanya. Berdasarkan pemerhatian. Murai Batu pun manusia juga, bukan burung! LOL
sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers