Tuesday 4 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Ledakan gol ke-84 Messi




MESSI (kiri) bijak memperdayakan penjaga gol lawan untuk menjaringkan gol ke-84 musim ini kelmarin. Dia kini kurang satu gol untuk menyamai rekod yang dipegang Gerd Mueller dari Jerman.


MADRID - Lionel Messi semakin menghampiri rekod jaringan legenda Jerman, Gerd Mueller apabila meledak dua gol semasa membantu Barcelona membenam Athletic Bilbao 5-1 dalam aksi Liga Sepanyol semalam.
Penyerang antarabangsa Argentina itu telah mencetak 84 gol musim ini, kurang satu gol berbanding rekod Mueller ketika bersama Jerman dan Bayern Munich pada 1972.
Lebih manis, kemenangan itu juga melebarkan rekod tanpa kalah The Catalan dalam 14 perlawanan sekali gus mengatasi rekod yang dipegang Real Madrid bagi musim 1991-92.
Selain jaringan Messi, tiga lagi gol Barcelona dijaringkan Gerard Pique, Adriano Correia dan Cesc Fabregas sementara gol saguhati Bilbao pula dicetak Ibai Gomez.
"Kejayaan memecahkan rekod Real sememangnya membanggakan, cuma saya lebih gembira dengan persembahan hebat yang dipamerkan pemain.
"Biarpun telah selesa mendahului 5-1, pemain dilihat masih teruja menambah jaringan.
"Pada masa sama, masih ada beberapa kelemahan yang perlu diatasi dan kami perlu bekerja keras dalam perlawanan selepas ini," kata jurulatih Barcelona, Tito Vilanova.
Dalam pada itu, Real selaku juara bertahan liga berjaya mengatasi Atletico Madrid 2-0 menerusi dua jaringan Cristiano Ronaldo.
"Kami berjaya menguasai semula permainan sebaik mendahului 1-0, tetapi kami tetap memburu gol kedua memandangkan Atletico memiliki ramai pemain yang mampu menjaringkan gol.
"Ia satu perlawanan yang sukar dan kami lega dapat membawa pulang tiga mata," kata pembantu jurulatih Real, Aitor Karanka. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz2E0deHign 
Hakcipta terpelihara 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers