Tuesday 4 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Piala Monsun buka tirai hari ini



PIALA Monsun dipamerkan untuk tontonan umum di Kuala Terengganu semalam.


KEJUARAAN Kapal Layar Piala Monsun 2012 siri akhir Jelajah Match Racing Dunia Alpari (AWMRT) yang akan bermula hari ini sehingga 8 Disember dijangka menarik lebih 150,000 pengunjung sepanjang kejohanan itu berlangsung di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Pengurus Kanan Operasi T-Best Events Sdn. Bhd., Muhammad Shafique Iqbal berkata, pihaknya menjangkakan lebih 150,000 pengunjung akan membanjiri kejohanan kali ini.
“Pada edisi kali ini, pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat pelayar-pelayar terkemuka dunia berentap dalam siri akhir.
“Antara pelayar yang bakal mencuri tumpuan termasuk Ian Williams daripada pasukan GAC Pindar, Johnie Berntsson (Berntsson Sailing Team), Jesper Radich (Adrian Lee & Partners), Peter Gilmour (Yanmar Racing), William Tiller (Full Metal JAcket Racing) dan Phil Robertson (Waka Racing Team),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas penyerahan Piala AWMRT oleh Pengarah Eksekutif AWMRT, James Pleasance di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Kuala Terengganu semalam.
Selain daripada itu, beliau memberitahu, pelbagai acara sampingan turut diatur bagi memeriahkan lagi kejohanan pada kali ini termasuk Bananaland yang akan menampilkan kapal angkasa ikon kartun digemari ramai iaitu Boboiboy.
Dalam pada itu, Muhammad Shafique memberitahu segala persiapan telah dilakukan mengikut perancangan bagi memastikan kejohanan kali ini dapat berjalan dengan lancar.
Katanya, Kejohanan Kapal Layar Piala Coronation juga akan diadakan pada hari pertama kejohanan ini.
Piala Monsun merupakan kemuncak kepada kejohanan perahu layar berprestij yang mengumpulkan pelayar-pelayar terkemuka dunia dalam merebut piala AWMRT.
Pulau Duyong merupakan medan terakhir dalam menentukan kejuaraan selepas pelayar-pelayar berentap di Jerman, Korea Selatan, Sweden, Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Perancis dan Bermuda sebelum ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz2E0dEyC2R 
Hakcipta terpelihara 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers