Sunday, 2 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Milan bangkit daripada ketinggalan




EL SHAARAWY (kanan) meledakkan dua gol ketika memnantu Milan menewaskan Catania 3-1 kelmarin.


MILAN - AC Milan bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Catania 3-1 pada aksi Serie A kelmarin.
Pada perlawanan di Stadium Angelo Massimino itu, Catania mendahului seawal minit ke-11 menerusi tandukan pemain pertahanan, Nicola Legrottaglie.
Bagaimanapun, mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah, Pablo Barrientos dilayangkan kad merah pada minit ke-49.
Situasi tersebut memberi kelebihan kepada Milan dan Stephan El Shaarawy menggunakan kesempatan itu untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-53.
Tiga minit kemudian, Kevin-Prince Boateng memberikan kelebihan kepada Milan tetapi dia ditimpa malang apabila diarah keluar padang selepas mengutip kad merah pada minit ke-90.
El Shaaraway, 20, mengesahkan kemenangan skuad The Rossoneri apabila menyumbat gol kedua peribadi dan ketiga buat Milan dalam masa kecederaan.
Untuk rekod, El Shaaraway telah meledakkan 12 gol dalam saingan liga domestik musim ini dan empat gol melebihi pemain lain dalam kempen Serie A.
"Gol pertama yang dijaringkan El Shaarawy adalah ofsaid," kata jurulatih Milan, Massimiliano Allegri.
"Dapat dilihat dengan jelas. Ia memberikan kejutan buat Catania kerana mereka bermain dengan baik.
"Aksi pada separuh masa pertama sangat seimbang tetapi kami menunjukkan peningkatan pada babak kedua. Ini adalah satu kemenangan yang penting buat kami, sekali gus meneruskan rentak cemerlang kami musim ini," tambah Allegri.
Milan tidak pernah tewas kepada Catania sejak 1963 tetapi gagal merekodkan kemenangan di gelanggang lawan sepanjang lima perlawanan terakhir.
Bagi skuad The Sicilian, mereka hanya kalah sekali di gelanggang sendiri pada musim ini. - Agensi




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers