Sunday, 2 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Simpan motor selepas kahwin( farid kamil)



TANGGAL 3 November lalu menjadi detik paling bersejarah buat pelakon Farid Kamil Datuk Zahari yang selamat diijabkabul dengan Diana Danielle Danny Beeson.
Dengan sekali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri di depan hampir 300 tetamu. Diana menerima mas kahwin RM10,000 dan hantaran RM20,000. Pihak perempuan menyediakan tujuh dulang hantaran, manakala lelaki lima dulang.

Dua minggu selepas itu, pasangan ini berkongsi pula berita gembira kehamilan Diana yang dipaparkan menerusi laman sosial Instagram Diana dan juga Farid.


Malam tadi pula berlangsungnya majlis resepsi pasangan itu di Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5, kemudian mereka sekali lagi akan bersanding di negeri kelahiran Farid di Kedah pada 12 Disember.

Diana yang dihubungi Khamis lalu berkata, resepsi pada 1 Disember berkonsep Barat dengan hidangan ‘Argentina Barbeque’. Katanya, dia memilih konsep itu kerana Farid suka barbeku ‘Asado’ iaitu sejenis resipi barbeku dari Amerika Latin.


“Daging segar yang terus dibakar atas bara dan dibiar sehingga masak dan sedikit hitam adalah makanan kegemaran Farid. Menu itu disediakan teman rapat Farid kerana mereka tahu cara menyediakannya.


“Saya memang mahukan sesuatu yang ringkas. Pun begitu, ada juga dapatkan khidmat katering dengan menu yang tidak terlalu berat,” kata Diana yang memilih gaun putih ala puteri rekaan butik pengantin Mimpi Kita.

Kata Diana, sedari dulu dia mengidamkan perkahwinan taman yang ringkas dan ingin menyarung gaun putih seperti puteri raja pada hari perkahwinannya.


Gaun putih itu turut dihiasi labuci dan manik kaca persis mutiara yang menjadi pelengkap gaya. Biarpun ringkas, ia tampak cantik tatkala Diana mengenakan kalungan bunga di sebagai aksesori tambahan.

Seramai 500 tetamu dijemput iaitu teman rapat dan saudara mara kedua-dua pihak pada malam itu. Pasangan itu turut menjemput rakan media yang sentiasa menyokong mereka sedari dulu.


Farid turut memperaga aktiviti ekustrian khusus buat tetamu. Ia sebagai cara Farid berkongsi minat dengan tetamu jemputan pada malam itu.


Kata Diana, urusan resepsi pada 1 Disember diuruskan sepenuhnya olehnya bersama perancang perkahwinan. Selepas berbincang dengan ibunya, Norsiah Ramli, mereka sepakat melantik perancang perkahwinan kerana Diana tidak mahu menyusahkan ibu yang kurang sihat.


“Majlis sebelah saya, biar saya yang pening kepala dan sebelah Farid minggu depan, biar dia yang pening kepala. Lagipun saya tak nak susahkan mama yang banyak berkorban selama ini.


“Resepsi sebelah Farid, difahamkan jemputan hampir empat ribu tetamu. Saya tak tahu macam mana nak urus nanti,” kata Diana yang gembira dan tak sabar-sabar untuk resepsi meriah di Kedah.


Mengenai dirinya disahkan mengandung hampir empat minggu, Diana akui teruja tapi masa sama gementar. Kata Diana, perasaannya sangat gementar apabila dapat tahu dirinya mengandung.


“Namun saya lihat daripada sudut positif, ramai rakan yang berkahwin mengambil masa untuk mengandung. Malah, ada yang berusaha tapi ada juga yang gagal.

“Oleh itu saya kena optimis. Lagipun, menjadi ibu juga adalah rezeki. Saya sentiasa ada naluri ibu dan tidak ada masalah untuk saya menerima berita gembira ini.
“Sejak tahu dia bakal bergelar bapa, saya lihat Farid masih nampak sama. Dia sentiasa mencurahkan kasih sayang, tak ada yang berubah. Cuma Farid jadi lebih manja kot!” kata Diana ketawa bercerita mengenai cinta hatinya.
Diana akui, sejak disahkan mengandung, dia mula mengidamkan keju sampaikan setiap masa dia mahukannya.
“Syukur saya tak ada alahan muntah atau mengidam benda pelik lain. Namun keju yang saya suka bukan jenis biasa. Saya teringin nak makan keju yang baunya kuat. Saya juga suka minum ais sejak mengandung,” katanya.
Diana akui terpaksa mengurangkan aktiviti lasak apabila mengetahui dirinya hamil. Walaupun menerima hantaran berupa motosikal daripada Farid, dia terpaksa melupakannya seketika bagi menjaga kandungan.
“Saya baru nak belajar menunggang motosikal diberi Farid, tapi mungkin selepas segala-galanya selesai.
“Mengenai bulan madu, Farid pernah menyatakan hasrat untuk pergi Makkah tetapi terpaksa ditangguhkan kerana masalah visa, manakala lokasi kedua pilihan kami adalah Istanbul, Turki,” katanya.
Sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, Diana akan menyambung pelajarannya ke Australia tahun depan dan mendapat sokongan suami.
Sebelum ini, Farid pernah ke Australia untuk belajar aksi stuntman di Australia Stunt Academy bagi memantapkan lagi kerjaya lakonannya.

sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers