Sunday, 16 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Pengarah Murali Abdullah Terkejut Julia Perez Biadab



Pengarah Murali Abdullah Terkejut Julia Perez Biadab: Pengarah filem Sentuhan Malam Pertama, Murali Abdullah akui terkejut dengan perang Twitter yang berlaku di antara pelakon Indonesia, Julia Perez dan Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi.
Murali Abdullah berkata dia tidak menyangka perkara begitu akan terjadi kerana sepanjang mengenali pelakon yang berlakon di bawah arahannya itu, Julia Perez berkelakuan sangat baik dan profesional sepanjang penggambaran bermula dari 9 Disember sehingga 11 Disember,
"Terus-terang saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu perkara ini kerana sepanjang dia bekerja dengan saya dia sangat humble dan profesional dengan semua krew kami yang terlibat.
"Saya tak sangka dia boleh bersikap begitu kerana semasa 3 hari penggambaran dia tidak menunjukkan perangai yang buruk atau pun kurang ajar," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Perang Twitter antara Julia Perez dan Zed Zaidi berpunca dairpada status pelakon sinetron itu yang mengutuk drama tempatan Malayisa yang ditontonnya ketika berada d isini dengan mengatakan drama bersiri Indonesia jauh lebih maju daripada Malaysia.
Malah dalam perbalahan Twiiter itu, Julia Perez turut menegur Zed Zaidi sebagai seorang yang biadab dan jahat kerana mahu menyiasat permit pekerjaannya disini. Selain Julia Perez, filem yang diterbitkan oleh produksi Indonesia iaitu NSK Productions itu turut diterajui oleh pelakon tempatan Azad Jazmin dan pelakon baru, Shaffwani.
Apabila ditanya apakah pendapatnya sebagai pengarah, selepas mengetahui sikap Julia Perez atau nama panggilannya Jupe itu, Murali memberitahu dia tiada hak untuk menegur sikap Julai Perez kerana itu urusan peribadinya.
"Bagi saya apa yang berlaku di luar penggambaran atau kerja saya, itu bukan urusan saya. Malah pemilihannya juga adalah di atas permintaan produser filem ini iaitu Shankar. Saya tiada hak untuk berkata apa-apa. Malah sepatutnya ibu bapa dia sahaja yang boleh menegur. Ini perangai manusia, orang lain tak boleh seweang-wenangnya mengarahkan untuk dia berubah," jelasnya lagi.
Bagaimanapun, Murali memberitahu dia menganggap isu ini satu publisiti awal terhadap filemnya yang kini masih lagi dalam penggamabran di Pulau Pinang.
"Bila isu ini timbul secara tidak langsung ia juga memberi publisiti juga kepada filem saya. Cuma cara publisiti yang diraih tidak begitu 'cantik' sahaja," tambahnya lagi.
Jupe sebelum ini, pernah menimbulkan pelbagai kontroversi termasuk kontroversi tatu nama Allah di lehernya yang menyebabkan kemarahan peminatnya terutama yang beragama Islam.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers