Sunday, 16 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Sehelai Sepinggang Dari Jakarta, Siti Ke Queenstown!



Sehelai Sepinggang Dari Jakarta, Siti Ke Queenstown!Pengurus kepada penyanyi Dato' Siti Nurhaliza, Rozie Abdul Razak memaklumkan bahawa penyanyi lagu Aku Cinta Padamu itui telah pun berangkat ke Queenstown, New Zealand, pagi tadi.
"Dalam jam 9.30 pagi tadi, Siti memaklumkan bahawa dia sudah pun boarding. Namun, saya kurang pasti waktu sebenar penerbangan Siti ke sana. Saya tidak pergi bersamanya. Sebaliknya, dia ke sana bersama dengan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa (Kak Tun) dan Dato Yahya iaitu keluarga angkat keluarga Datuk K. Tujuan mereka ke sana bukan saja untuk melawat Datuk K tetapi mereka sedang berusaha membawa beliau pulang ke Malaysia.
"Saya tidak pasti berapa lama mereka di sana. Namun, ia mungkin memakan masa yang lama kerana mereka perlu memohon kebenaran pihak hospital untuk membawa pulang Datuk K," katanya ketika dihubungi murai.com.my.
Meneruskan penjelasan, Rozie turut memberitahu Siti terpaksa membatalkan segala urusan yang berkaitan dengan kerjaya seninya selama seminggu.
"Disebabkan kemalangan itu, Siti terpaksa membatalkan semua jadualnya selama seminggu. Begitu juga dengan penglibatan Siti di konsert Banjarmasin. Bagaimanapun, konsert tersebut tetap diteruskan cuma hanya Siti saja yang tiada. Alhamdulillah, pihak penganjur nampaknya faham dengan situasi yang menimpa Siti," ujarnya.
Berkongsi cerita di saat Siti menerima berita kemalangan ini, Rozie memberitahu mereka ketika itu agak panik dan mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia tanpa membawa sebarang beg pakaian.
"Sebaik mendapat tahu tentang berita itu, kami tidak sempat pun untuk ke Banjarmasin, walaupun waktu itu sudah berada di dalam kapal terbang untuk ke sana. Dari Jakarta, kami tidak bawa apa-apa pun. Kami sehelai sepinggang saja. Kalau ikutkan hati Siti, dia mahu pergi ke New Zealand malam tadi juga.
"Namun, flight tiada malam tadi. Terus-terang, masa di lapangan terbang, saya terpaksa menahan tangga untuk naiki kapal terbang pulang ke Malaysia kerana flight tersebut sudah hampir hendak berlepas. Saya terpaksa memberitahu kakitangan yang ada di situ bahawa ianya adalah kecemasan.
" Mujur mereka faham. Kami hanya diberikan masa 10 minit untuk menguruskan flight balik kami dari Jakarta ke Kuala Lumpur," jelasnya.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers