Monday 3 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Penyanyi Kalis Peluru, Elyana Pun Sudah Bertudung?




KL, 1 DIS 2012: Baru-baru ini, seorang teman memberitahu Murai Batu tentang perkembangan terbaru penyanyi Elyana yang terkenal dengan lagu Kalis Rindu dan Tak Tercapai Akalmu. Khabarnya, Elyana sudah pun bertudung sepertimana segelintir rakan selebriti lain yang telah pun mengambil keputusan untuk berhijrah demi menjadi muslimah yang sejati.

Mendengar perkhabaran itu, Murai Batu tumpang gembira. Sebab, dah banyak dah rakan-rakan artis wanita yang berubah ke arah kebaikan. Murai Batu jugak yang macam ni. Entah bila nak insafnya. Asyik mengata orang jer kan, bak kata pembaca Murai semua...

Apapun, lepas dengar perkhabaran tentang Elyana tadi, Murai Batu cuba-cubalah dapatkan pengesahan yang lebih sahih. Betul ker Elyana sekarang ni dah tutup aurat kepala atau ianya disebabkan kerana fesyen atau apa.

Selidik punya selidik, rupa-rupanya Elyana bertudung demi wataknya dalam drama bersiri Masyitah yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 5 Disember depan, setiap Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran TV2.

Eh! Kalau tak silap lama jugak Elyana tak muncul kat TV kan. Sekurang-kurangnya, kemunculannya di dalam drama ini akan dapat mengubat kerinduan peminat terhadap dirinya.

Apapun, tentang Masyitah, drama 13 episod ini menggandingkannya dengan pelakon Amanda Misbun, Liza Abdullah, Heryanto Hassan, Afida ES, Beego dan Abu Bakar Juah.

Ia mengisahkan Masyitah yang ditinggalkan oleh ayah dan ibu di bawah jagaan neneknya sejak kecil lagi setelah berlaku pertelingkahan besar dalam keluarga mereka.

Di sebabkan pertelingkahan itu, kedua ibubapa tidak pernah pulang menjenguk malah bertanya khabar kepada Masitah. Masitah dididik oleh neneknya sebaik-baiknya. Di kampung, Masyitah berkawan rapat dengan Azman yang bekerja di Kuala Lumpur dan 'cerita-cerita' Azman tentang keindahan ibu kota membuatkan Masyitah teringin menjejakkan kaki ke Bandar besar itu.

Satu hari neneknya jatuh sakit dan meluahkan hasrat mahu bertemu anak kandung yang begitu dirinduinya. Masyitah serba salah mahu memenuhi hasrat neneknya itu. Namun berbekalkan wang simpanan yang ada, Masyitah nekad untuk mencari kedua ibubapanya di Kuala Lumpur. Lebih kurang macam itulah sinopsis ceritanya. Kalau nak tahu lebih, kenalah tengok drama ini kat TV2 ya
.


MURAIBATU: Tengah hafal lagu Jennifer Lopez, On The Floor dengan I Wanna Dance.
sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers