PENGUNJUNG berjalan bawah teduhan yang sebenarnya pokok sayur-sayuran yang lebat berbuah di MAHA 2012, Serdang semalam.
PUTRAJAYA - Jumlah pengunjung ke Pameran Pertanian,
Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 yang bermula pada
23 November lalu kini mencecah 2.3 juta orang.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk
Mohd. Hashim Abdullah berkata, jumlah itu dijangka meningkat hari ini
yang juga hari terakhir program dan seterusnya mencapai sasaran tiga
juta pengunjung.
"Purata sehari pengunjung MAHA 2012 ialah 400,000 orang. Selain
pameran pelbagai seminar turut diadakan untuk memberi maklumat kepada
mereka yang berminat dengan bidang agro pertanian," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Seminar MyAgrosis MAHA 2012 di sini
semalam.
Sementara itu, Mohd. Hashim berkata, kini lebih ramai golongan
profesional turut terbabit dalam sektor pertanian dan menjadikan bidang
itu satu daripada sumber untuk meraih pendapatan tinggi.
"Ada doktor kini menjadi antara pengeksport utama durian ke China,
ada doktor yang menjadi penternak ayam...telah menternak hampir 5,000
ekor ayam kampung...ada juruterbang menjadi penternak kambing
0 comments:
Post a Comment