Monday 24 December 2012

Filled Under:

hot!! Adakah Awin Tunang Si Pelakon Izzue Islam?



Adakah Awin Tunang Si Pelakon Izzue Islam?
KL, 24 DIS 2012: Di samping terkejut dengan luahan rasa peminat yang petah bercerita mengenai teman wanita Izzue Islam, Murai Batu juga tidak menyangka sama sekali, dalam masa yang sama, ahli kumpulan Forteen ini telah membuat pengakuan bahawa dia sudah bersedia untuk berumahtangga pada 2013.
Namun, Izzue yang berlakon dalam drama Jangan Ambil Padang Kami di Astro Ria menyangkal dakwaan yang mengatakan bahawa dia sudah pun sah menjadi tunangan orang.
Sungguhpun begitu, pengacara KesSahNya, Ajieb Rosdi telah menerima kiriman emel dari seorang peminat yang tidak berpuas hati dengan pengakuan Izzue Islam mengenai wanita yang didakwa tunangnya itu.
Ini antara luahan rasa peminat itu:
"Saya terpanggil untuk berkongsi gambar tunang Izzue Islam yang dihebohkan. Saya nak meluahkan sedikit rasa kecewa dengan sikap Izzue yang menipu peminat dan media hiburan.
Kenapa nak menipu kalau benda yang baik..adakah disebabkan tunang Izzue lebih tua dari Izzue?? Ramai peminat rasa macam ditipu Izzue sedangkan selama ni semua berita yang keluar dari mulut Izzue, peminat percaya..apapun saya doakan yang terbaik buat Izzue cuma saya harap Izzue tidak lagi menipu peminat dan media hiburan..Hidup ini kalau nak disanjungi kenalah bersikap jujur...sekian"
Makin bingung Murai Batu membaca luahan peminat ini. Tambahan pula, peminat ini turut mempunyai bukti gambar tunang Izzue yang bernama Awin ketika mereka berdua menghadiri Anugerah Industri Muzik (AIM19), baru-baru ini.
Sekarang ini, Murai Batu menantikan jawapan dari Izzue saja. Kalau ahli Forteen yang lain nak tolong jawab pun boleh.
MURAI BATU: Berani kerana benar, takut kerana salah. sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers