Monday 24 December 2012

Filled Under:

hot!! Jules Schratter Dekati Islam, Budaya Melayu Demi Yuna?




Jules Schratter Dekati Islam, Budaya Melayu Demi Yuna?
KL, 24 DIS 2012: Murai Batu pasti ramai yang dah tahu mengenai gosip hubungan penyanyi Yuna atau Yunalis Zarai dengan seroang Mat Salleh yang kacak bernama Jules Schratter baru-baru ini.
Malah, Mat Salleh yang difahamkan fotografer peribadi Yuna di Amerika Syarikat itu Murai Batu lihat sering kali meluahkan rasa cinta dan sayang terhadap Yuna menerusi gambar-gambar mereka bersama di laman Instagram. Murai Batu suka tengok gambar-gambar yang dia muat naik di akaun Instagramnya bernama Throughjules



Dalam banyak-banyak foto yang dikongsinya itu, Murai Batu lihat Jules semakin hari mahu dekatkan dirinya dengan budaya Melayu dan Islam selepas ada fotonya yang mengenakan baju Melayu dan songkok ketika mengunjungi kampung Yuna..Waahhh comel juga Murai Batu tengok!
Paling mengejutkan Murai Batu, Jules seperti mahu mendalami ilmu Islam selepas berkogsi gambar buku-buku bacaannya bersama senaskah Al-Quran. Jules memberitahu dalam entrinya itu, dia belum membuka atau mendalami isi Al-Quran itu tetapi dia memberitahu dia pasti akan tiba masanya untuknya mendalami Islam nanti.
Waaaahhh hebat betul kuasa cinta Yuna yer, sehinggakan Jules mula terdetik untuk mendalami ilmu Islam. Murai Batu bangga kerana Yuna wanita Islam yang tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat sebaliknya cara pembawakan dirinya dikagumi bangsa dan agama lain di sana.
Namun, tertanya-tanya juga Murai Batu, jika Jules kini sudah banyak mendalami budaya Melayu dan agama Islam, adakah hubungan mereka kini makin serius? Mungkin juga sudah ada perancangan mereka untuk berumah tangga?
Murai Batu pun tak boleh nak mengesahkan apa-apa sekarang ini. Mungkin ini baru peringkat awal untuk Jules buktikan cintanya? Entahlah, semua jawapan itu hanya pada Jules dan Yuna sahaja.
Kalau betullah Yuna dan Jules kini serius, Murai Batu pun tumpang gembira jugak. Sebab Murai Batu tengok mereka ni sweet jer. Murai Batu pun pasti peminat Yuna pun suka.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers