Monday, 24 December 2012

Filled Under:

Darling Harap Sumali Dapat Bahagiakan Anne Ngasri



Darling Harap Sumali Dapat Bahagiakan Anne Ngasri


KUALA LUMPUR, 24 DIS 2012: Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Anne Ngasri,27, sah menjadi isteri Sumali Reduan,40, yang juga seorang ahli politik yang memegang jawatan sebagai SUK Pemuda Umno, Setiausaha Pemuda UMNO Pontian, Johor, pada pagi Sabtu lalu.


Anne yang berwalikan bapanya Ngasri Sain, telah diijabkabulkan dengan Sumali di Benut, Pontian, kira-kira jam 11 pagi semalam dengan mas kahwin sebanyak RM22.50

Dalam majlis tersebut, Sumali telah menyarungkan gelang emas kepada Anne sebagai upacara membatalkan air sembahyang. Kedua-dua mempelai telah mengenakan pakaian berona putih rekaan Ezuwan Ismail.

Sumali bersama pihak rombongannya turut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111 beserta 5 dulang serta berbalas 5 dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Pada keesokan harinya, pasangan mempelai ini mengenakan pula satu lagi persalinan Ezuwan Ismail yang berona merah jambu untuk majlis persandingan mereka.

Menurut Darling Ngasri yang juga kakak kepada Anne, pihaknya berasa syukur dan gembira apabila majlis akad nikah dan persandingan itu telah berjaya dilangsungkan dengan sempurnanya.

"Saya juga bersyukur dan gembira kerana akhirnya Anne telah bertemu dengan jodoh baru yang sesuai untuknya. Tiada apa yang saya harapkan, melainkan jodoh yang berkekalan buat Anne sehingga ke anak cucu.

"Saya juga berharap Sumali akan dapat membahagiakan Anne serta dapat menjaga dia dengan sebaiknya. Mudah-mudahan Allah SWT akan memberkati perkahwinan mereka," katanya kepada murai.com.my.





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers