gambar hiasan |
Sebuah penyelidikan yang dilakukan sebuah agensi perlindungan pengguna di Britain mendapati pemakaian kaca mata hitam yang harganya murah ternyata boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan pada mata. Masalah yang sering muncul yakni, astigmatisme dan sakit kepala.
Hal ini disebabkan kebanyakan kaca mata hitam murah tersebut tidak mengikuti standard kesihatan ujian labolatorium untuk sebuah kaca mata hitam penghalau sinar matahari. Berdasarkan hasil pemeriksaan, beberapa kaca mata hitam ini boleh mengakibatkan kesan cahaya lentur dan boleh menyebabkan penglihatan ganda yang boleh mencetuskan sakit kepala pada beberapa pengguna.
"Walaupun masalah ini tidak akan menyebabkan kerosakan penglihatan jangka panjang, namun akan tetap timbul rasa tidak selesa, kerana kaca mata tersebut tidak memenuhi standard untuk dipakai," kata Joanna Pearl ahli kesihatan Inggeris.
Pearl menyarankan bagi orang yang ingin membeli kaca mata hitam penghalang sinar matahari untuk memperhatikan standard kesihatan yang sudah ditetapkan oleh badan kesihatan negara masing-masing . Agar terhindari dari masalah penglihatan yang mengancam mata.
Nah, sekarang bagaimana dengan kamu, apakah kamu masih berani memakai kaca mata hitam murahan? Sebaiknya belilah kaca mata hitam yang benar-benar menjamin kesihatan mata anda. Walau harganya sedikit mahal yang paling penting adalah mata anda tetap sihat. Kamu juga harus memperhatikan mata kaca mata hitam yang sihat dan mana yang tidak. Harga mahal tidak menjamin suatu barang tersebut itu asli.
Tapi jika kamu tidak mahu mengeluarkan banyak wang, lebih baik gunakan payung atau topi agar terlindung dari sinar matahari.sumber
0 comments:
Post a Comment