Penjaga haiwan bangsa British ini iaitu Alex Larenty merisikokan hidupnya setiap hari supaya dia boleh mendandan dan merawat kecantikan singa yang besar.
Gambar-gambar yang menakjubkan ini menunjukkan lelaki berusia 50 tahun yang berani, dari Chipping North, gembira menggebukan bulu tengkuk singa yang bernama Jamu di Lion Parkberhampiran Johannesburg, Afrika Selatan.
Beliau juga menyembur haiwan yang berusia 9 tahun ini dengan penyembur rambut singa khas, merias kuku dan juga urut kakinya.
Dan semua ini dibuat hanya kerana untuk menarik perhatian singa yang berlainan jantina.
Bekas pemandu lori Alex berkata: "Saya menggunakan penyembur rambut yang memberikan bulu tengkuk Jamu jadi berkilat berkilau dan menyembunyikan keperangan."
"Ini menjadikan dia lebih menarik kepada pasangan."
Alex berpindah ke Afrika Selatan pada tahun 1999 dan telah menjadi pelatih haiwan selama 35 tahun.
Setelah singa banyak dibela dari lahir, Alex dapat selamat untuk berjalan ke hadapan Jamu dan bermain permainan sambil dikelilingi oleh sejumlah besar pemangsa yang besar-besar.
Lion Park yang seluas 208 ekar ini menjadi rumah kepada lebih 300 haiwan termasuk singa, cheetah dan dubuk (hyena).
[http://www.dailymail.co.uk/news/article-2030810/Lion-tamers-daily-brush-death-beauty-therapist-maneater.html]
Sunday, 23 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment