Saturday, 22 December 2012

Filled Under:

Lelaki Maut Selepas Menari Gangnam Style



Seorang bapa kepada tiga anak, Eamonn Kilbride, 46, meninggal dunia selepas menari tarian Gangnam Style pada parti hari Krismas yang dianjurkan di tempat kerjanya di Lancashire.

Ketika itu, Kilbride yang bekerja sebagai pengurus teknologi maklumat (IT) sedang melakukan gerakan menunggang kuda Psy No 1 sebelum dia rebah ke lantai.

Menurut isterinya, Julie yang turut berada di parti berkenaan, suaminya sebelum itu telah mengadu sakit dada, dan dia juga telah melakukan bantuan CPR bagi menyelamatkan Kilbride.

Pasukan perubatan yang tiba lima minit selepas itu, turut melakukan CPR ke atas Kilbride, namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Diraja Blackburn.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh forensik mendapati mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung.
Invalid Domain Name

Menceritakan detik-detik akhir suaminya itu, Julie berkata, ketika kejadian, suaminya sedang asyik menari tarian Gangnam Style di atas pentas.

“Dia kemudiannya mengadu sakit dan terus rebah.

“Kilbride seorang lelaki yang bijak dan dia sering menasihatkan anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh,’’ katanya.

Kilbride yang gemar bermain golf itu mempunyai tiga cahaya mata dan kesemua mereka sedang menuntut di universiti..

Siasatan telah dijalankan oleh polis sebaik sahaja Kilbride meninggal dunia, namun tiada unsur curiga dikesan


sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers