KAK Yan benar-benar perlukan wang itu bagi ujian imbasan. Sekarang, terus terang, Kak Yan hanya ada RM350 dalam tangan. Tak tahu nak cakap apa kerana keadaan kesihatan benar-benar tidak mengizinkan,” kata seniwati Azean Irdawaty, 62, yang khuatir tidak dapat mengumpul wang mencukupi untuk menjalani ujian imbasan di Hospital Beacon, Petaling Jaya, pada 8 Januari depan.
Menurut Azean, dia memerlukan RM2,150 bagi melakukan ujian imbasan otak, dada, abdomen, darah, pelvis selain proses radioterapi.
Ujian itu penting bagi menentukan status penyakit kanser Lymphedema yang bukan saja menyerang tulang belakang, malah doktor menemui tumor dalam otaknya.
Selain itu, Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) pertama pada 1980 itu turut disahkan menghidap kanser payudara tahap ketiga pada Jun 2007.
Selain itu, Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) pertama pada 1980 itu turut disahkan menghidap kanser payudara tahap ketiga pada Jun 2007.
Azean menghidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payudara sebelum ini.
Sebelum ini, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dilaporkan bersedia meringankan beban kos rawatan ditanggung Azean ketika Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengunjungi kediaman seniwati itu di Bandar Utama, Oktober lalu.
Januari lalu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar angin disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di laman sosial twitter mendakwa Azean meninggal dunia. Akhirnya anak Azean tampil membuat kenyataan yang ibunya masih hidup dan sihat walafiat.
INFO:
NAMA SEBENAR: Azean Irdawaty Yusoef
TARIKH LAHIR: 27 Februari 1950
TEMPAT LAHIR: Alor Merah, Alor Setar, Kedah
FILEM: Esok Masih Ada, Langit Petang, Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali, Waris Jari Hantu
0 comments:
Post a Comment