Showing posts with label harian metro. Show all posts
Showing posts with label harian metro. Show all posts

Saturday, 19 October 2013

Bayi Malang Dibuang Bersama Kotak Tepung


 
Johor Bahru: Seorang ejen hartanah terkejut apabila bunyi tangisan yang disangkakan kucing rupanya suara tangisan bayi lelaki yang ditemui di belakang kediamannya di Jalan Panglin, Taman Perling, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.50 malam itu, Ismail Yahya, 46, berkata, dia terdengar bunyi suara halus kira-kira setengah jam dari arah belakang dapur rumahnya.



Menurutnya, ketika itu, dia dan isteri, Marina Omar, 36, sedang bersiap untuk tidur.

“Saya baru mahu melelapkan mata, tetapi tersedar apabila terdengar bunyi suara halus seperti anak kucing.



BAYI yang ditemui di belakang rumah.


“Hampir setengah jam kami mendengar bunyi sama menyebabkan saya yang tidak sedap hati bergegas ke dapur untuk memeriksa,” katanya, semalam.


Katanya, dia terkejut apabila mendapati bunyi yang didengar itu sebenarnya adalah suara bayi menangis sebelum memanggil isterinya lalu membuka pintu dapur.

Menurutnya, dalam keadaan samar-samar itu, mereka melihat ada objek bergerak dalam satu kotak tepung yang turut dihurung lipas.

“Kami terkejut apabila menemui bayi lelaki yang masih bertali pusat, malah lampin dipakainya juga sudah basah. Saya kemudian terus menghubungi polis memaklumkan penemuan itu,” katanya.

Katanya, mereka tidak berani menyentuh bayi berkenaan sehingga polis tiba tidak lama kemudian.

Menurutnya, dia turut menyuapkan madu ke mulut bayi berkenaan kerana mendapati ia seolah-olah lapar,” katanya yang melaporkan kejadian itu di Balai Polis Tampoi.

Sementara itu, anak saudara Ismail, Farhan Mohamad, 27, berkata, dia terlihat seorang wanita mendukung bayi mundar-mandir di depan surau jam 11 malam,” katanya.

“Wanita terbabit berusia 20-an dan kelihatan gelisah serta dilihat menghubungi seseorang menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Beliau berkata, kurang sejam kemudian bapa saudaranya mengetuk pintu biliknya memaklumkan penemuan bayi di belakang rumahnya itu.

“Mungkin wanita yang dilihat mendukung anak kecil dekat surau itu ada kaitan dengan penemuan bayi berkenaan,” katanya.SUMBER





Monday, 16 September 2013

Hidung Wanita Digigit Suami Sampai Putus



Beijing: Seorang wanita pertengahan umur dari Anhui menjalani pembedahan menstruktur semula wajahnya selepas pertengkaran dengan suaminya berakhir dengan hidungnya digigit hingga putus. 




Pasangan itu bergaduh hingga saling bercakaran seperti Mike Tyson dan Evander Holyfield serta berakhir dengan suami wanita itu menggigit hidungnya, lapor Global Times. Kejadian berlaku selepas si isteri yang tidak puas hati kerana suaminya tidak membantu melakukan kerja rumah berleter, menyebabkan si suami panas hati dan menjerit ke arahnya.




Tidak peduli dengan jeritan suaminya, wanita itu terus berleter menyebabkan si suami berang. Dia meluru ke arah si isteri yang dikenali sebagai Yang dan menggigit hidung wanita itu hingga putus. - AFP


Wanita China Hampir Maut Tertelan Berus Gigi.

Gambar Hiasan

Shanghai: Seorang wanita berusia 25 tahun dari Yangzhou di wilayah Jiangsu dikejarkan ke hospital minggu lalu selepas tertelan sebatang berus gigi. Kejadian berlaku ketika dia memberus gigi sambil bercakap menerusi telefon.

“Berus gigi itu terjatuh ke dalam rongga tekak dan jatuh ke dalam perut,” kata sumber perubatan.


Doktor mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan berus gigi berkenaan.
Sementara itu, dalam kejadian lain,


Sebatang penyepit sepanjang lima sentimeter dikeluarkan dari kepala seorang lelaki di Chengdu oleh sekumpulan doktor minggu ini.

Penyepit berkenaan memasuki kepala itu melalui rongga matanya sembilan bulan lalu.

Menurut Shanghai Daily, lelaki berusia 57 tahun bernama Wen itu hidup dengan penyepit berkenaan dalam rongga hidungnya tanpa menyedari ia ada di situ.

Kejadian berlaku Disember tahun lalu ketika Wen yang sedang makan tengah hari tergesa-gesa meluru untuk menyelamatkan cucunya yang hampur terjatuh.

Dia terjatuh di atas lantai yang licin dan penyepit yang dipegangnya tercucuk ke dalam rongga matanya tanpa menembusi pancaindera itu.

Sebahagian penyepit itu patah tetapi Wen yang agak mabuk selepas minum arak tidak menghiraukan matanya yang berdarah dan membuang penyepit berkenaan.

Beberapa bulan kemudian luka dialaminya tidak sembuh. Imbasan sinar X mendedahkan bahawa terdapat sebahagian penyepit di antara rongga mata kiri dan rongga hidungnya.

Sebelum dibedah Wen mengatakan dia tidak berasa sakit. Dia hanya rasa tidak selesa apabila mengenyit mata.harian metro.


.


Monday, 9 September 2013

Pelajar Gagal Besar Payudara Ancam Bunuh Diri



Beijing: Seorang pelajar kolej mengancam membunuh diri dengan terjun dari bumbung bangunan sebuah klinik pembedahan plastik.

Pelajar berkenaan bertindak demikian selepas implan payudaranya ditanggalkan kerana masalah perubatan.


Dia berdiri di tepi bumbung Hospital Perubatan Kecantikan Fuhua selama beberapa jam, mengancam untuk terjun selepas gagal mendapatkan pampasan daripada klinik itu.

Anggota keselamatan bagaimanapun berjaya memujuknya supaya membatalkan niatnya itu.


Pelajar berkenaan sebeleum itu membuat pembedahan membesarkan payudaranya sebagai persediaan untuk temuduga bagi mendapatkan pekerjaan. Ramai pelajar wanita di China percaya peluang memperoleh pekerjaan lebih terbuka jika mereka mempunyai payudara besar.


Kebanyakan pusat kecantikan di negara berkenaan menyasarkan pelajar wanita yang hampir tamat pengajian dengan menawarkan diskaun sehingga 65 peratus untuk menjalani pembedahan membesarkan payudara bagi meningkatkan peluang mereka untuk mendapat pekerjaan.harian metro


Ngeri ! Monyet Makan Testikel Bayi

gambar hiasan


Beijing: Seorang wanita terpaku melihat seekor monyet merentap satu daripada testikel bayinya berusia lapan bulan di sebuah zoo sebelum lari dan memakannya.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di Taman Hidupan Liar Guiyang Qianling di Guìyáng, ibu negeri wilayah Guizhou di barat daya China.


Si ibu sedang menukar lampin bayinya apabila haiwan berkenaan menyerang dan merentap testikel kanak-kanak berkenaan dan melarikan diri sebelum testikel itu terjatuh.

Seorangt lelaki tua dilapor memungut testikel itu tetapi monyet berkenaan kembali dan merampasnya daripada lelaki terbabit dan melarikan diri sambil memakannya.


Rakaman yang disiarkan sebuah stesen televisyen China menunjukkan kanak-kanak itu dirawat di sebuah hospital dengan dijaga oleh ibunya.


Kecederaannya tidak mengancam nyawa.

Jumlah monyet di zoo terbuka itu dilapor meningkat daripada 70 kepada 500 sejak beberapa tahun lalu dengan keadaan dilihat tidak boleh dikawal lagi.

Meskipun diberi makan tiga kali sehari oleh pihak zoo, haiwan itu turut memperoleh makanan daripada pengunjung.

Stesen itu juga menyiarkan rakaman monyet menggigit seorang kanak-kanak kecil yang cuba membelai haiwan itu.

Menurut laporan itu, serangan monyet ke atas pengunjung sering berlaku di zoo berkenaan.harian metro


Saturday, 7 September 2013

Kepala Lelaki Ini Dipenggal Helikopter Sendiri


New York: Seorang lelaki berusia 19 tahun tahun terpenggal diri sendiri dengan helikopter kawalan jarak jauhnya.

Roman Pirozek Jr bermain dengan helikopternya di sebuah taman di Brooklyn kelmarin apabila dia gagal mengawal dan menyebabkan helikopter itu menerjah dan melibas kepalanya.


Kipas itu membelah sebahagian kepalanya sebelum melibas lehernya.

Pirozek peminat tegar model helikopter dan menjadi naib presiden kelab hobi tempatan. Dia sering memuat naik video menunjukkan dia bermain helikopter di YouTube.


PIROZEK mati di tempat kejadian.

CERMIN mata dan serpihan rotor di sebelah mayat Pirozek yang sudah diselubung.

SERPIHAN kipas yang melibas kepala Pirozek.



Satu daripada rakaman menunjukkan dia mengawal helikopter Trex 700 dengan melakukan pelbagai aksi. Sementara itu, satu lagi menunjukkan dia membiarkan sebuah helikopter berharga AS$1,500 (RM4,950) menjunam dari udara sebelum menghidupkan semula rotor ketika helikopter itu berada beberapa inci dari kepalanya.


Dalam kejadian kelmarin, helikopter kawalan jarak jauh yang digunakannya mempunyai rotor sepanjang 158 sentimeter yang berputar selaju 2,000 putaran seminit. Beratnya kira-kira 2.8 kilogram.

Pirozek mati di tempat kejadian. Gambar yang dirakam di tempat kejadian menunjukkan komponen helikopter itu bertaburan berhampiran mayatnya.

“Dia memang terkenal dengan sifat agresif apabila bermain helikopter,” menurut sumber polis.

Menurut polis, pesawat itu jatuh dari udara dan melibas kepala dan lehernya
.harian metro


Friday, 6 September 2013

Perogol Pitam Bila Diketahui Mangsa Rogol Ada HIV

Richard Thomas




London: Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol dilaporkan pitam selepas diberitahu mangsa serangan seksualnya itu membawa virus maut HIV.

Agensi berita Britain melaporkan Richard Thomas, 27, minggu lalu dihukum penjara lima tahun empat minggu kerana merogol seorang wanita ketika mangsa sedang tidur.


Thomas mengaku bersalah di mahkamah Liverpool pada 20 Julai lalu.


Berdasarkan dokumen mahkamah, Thomas ditangkap dan disoal siasat berhubung kes berkenaan.


Dalam temu bual itu Thomas mendakwa dia mabuk, mengambil kokain dan ekstasi serta gagal mengingat apa yang berlaku.


Bagaimanapun apabila polis memaklumkan mangsa serangan seksual Thomas itu membawa virus HIV, tertuduh pengsan kerana terkejut.

Sumber polis berkata, mereka terpaksa mengejarkan dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Nasib Thomas sama ada dia akan dijangkiti virus penyebab Aids itu hanya akan diketahui hujung minggu ini apabila keputusan ujian darah dikeluarkan pejabat kesihatan.


Saksi berkata, Thomas menceroboh rumah mangsa - yang dikenali tertuduh - pada satu tengah malam dan merogolnya ketika wanita terbabit tidur.

Mangsa yang menetap di Leigh, Manchester, baru saja mengambil pil tidur sejurus sebelum diserang.


Kejadian itu hanya disedari mangsa apabila dia terjaga sejurus kemudian.


Sementara itu, peguam bela Thomas, Virginia Hayton berkata, tertuduh mula menagih dadah sejak berusia sembilan tahun dan menjadi kaki botol pada usia 11 tahun.


Thomas pula mengaku salah dan berkata, mangsa tidak akan menipu apabila menuduhnya melakukan serangan seksual.
“Jika dia saya merogolnya, maka memang saya merogol dia,” katanya.HARIAN METRO


Thursday, 5 September 2013

Menara di London punca kereta Jaguar cair?

Cermin sisi kereta Jaguar ini didakwa mencair selepas ditinggalkan di luar Menara Walkie Talkie (gambar kecil) pada minggu lalu.
 LONDON - ENGLAND . Sebuah bangunan pencakar langit di London didakwa telah menyebabkan sebuah kereta Jaguar yang diparkir di luar premis terbabit mencair.

Pemiliknya, Martin Lindsay memberitahu cermin sisi dan beberapa panel kereta mewahnya itu mencair selepas sejam ia ditinggalkan berhampiran menara Walkie Talkie yang masih lagi dalam pembinaan.

Dalam satu kenyataan, pemaju bangunan setinggi 37 tingkat itu memaklumkan mereka kini sedang berusaha untuk menangani masalah tersebut kerana ia dipercayai berpunca daripada kedudukan matahari yang berubah pada waktu tertentu.

"Perkara ini mungkin akan berterusan selama dua hingga tiga minggu lagi," jelas jurucakap Land Securities and Canary Wharf menerusi Reuters.

Susulan daripada insiden terbabit, tiga kawasan parkir kenderaan telah ditutup majlis perbandaran.

Difahamkan, pemaju terbabit juga telah memohon maaf kepada Lindsay dan bersetuju untuk membayar ganti rugi berjumlah 946 pound (RM5,000) kepada beliau.sinar harian






Bayi mati hisap susu bertoksik ibu

GAMBAR HIASAN

Sacramento: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan mati selepas menghisap susu ibunya yang bertoksik mengandungi campuran metadon (ubat penahan sakit) dan Xanax (ubat merawat kemurungan dan masalah sukar tidur).

Tidak cukup dengan itu, kini ibu bayi malang terbabit berdepan dengan tuduhan membunuh. Sarah Ann Stephens dan Citrus Heights didakwa melakukan pembunuhan tahap kedua serta membahayakan nyawa anaknya, Ryder.


Menurut polis, Sarah menyedari kandungan ubat berkenaan adalah tinggi dalam sistem tubuhnya tetapi masih menyusukan bayi terbabit.


Lima bulan sebelum bayi itu meninggal dunia pada September 2012, dokumen mahkamah menunjukkan Sarah diarah berhenti menyusukan anaknya apabila doktor mengesan kandungan metadon tinggi dalam tubuh bayi terbabit.
Pada awalnya kematian Ryder dianggap kes biasa apabila petugas kecemasan dipanggil ke apartmen Sarah. Dua minggu kemudian ujian toksikologi menunjukkan Ryder mati kerana kandungan ubat berlebihan dalam badannya. Seorang patologi berkata, kandungan ubat dalam tubuh Ryder cukup untuk membuat individu dewasa menjadi sangat khayal.HARIAN METRO


Ngeri ! Masak mayat suami dalam periuk

GAMBAR HIASAN






Beijing: Seorang wanita ditangkap kerana mendera suaminya hingga mati sebelum memasak mayat lelaki berkenaan dalam usaha untuk melupuskan bukti.

Wanita berusia 48 tahun yang dikenali dengan nama keluarganya Zheng, bertindak membunuh suaminya, Liu selepas mendapati dia berulang kali menyeksa anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya.



Menurut laporan, Zheng yang tinggal di Lu’an di wilayah Anhui mencampurkan pil tidur ke dalam makanan suaminya pada 14 Jun lalu. Dia kemudian mengikat lelaki itu di garaj mereka, tempat dia memukul Liu dengan penyodok dan menikamnya dengan pemutar skru.

Mangsa yang tidak diberi makan dan minum akhirnya mati tiga hari selepas itu. Wanita berkenaan kemudian membeli gergaji dan periuk tekanan tinggi.


Dia memotong mayat suaminya dan memasaknya di dalam periuk berkenaan. Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana dia membuang mayat suaminya yang sudah dimasak.
Zheng memberitahu jiran dan keluarganya bahawa Liu ke daerah Hefei untuk mendapatkan rawatan.

Sebulan selepas melakukan jenayah itu, Zheng ke balai polis dan mengaku membunuh suaminya. Menurutnya, dia berdepan dengan tekanan mental dan sering bimbang ditangkap.

Wanita itu kini dalam tahanan polis dan kesnya masih disiasat.HARIAN METRO


Saturday, 31 August 2013

Warga Emas Temui Ajal Ketika Bacaan Khutbah



Alor Setar: Jemaah solat Jumaat Masjid Rafeah Taman Uda, di sini, gempar apabila seorang warga emas berusia 66 tahun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika khatib membaca khutbah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, jemaah itu, Arshad Harun dari Kampung Padang, Hutan Kampung, di sini, dikatakan menghidap penyakit darah tinggi.


Jemaah lain yang melihat mangsa tiba-tiba rebah segera mengangkat mangsa dan meletakkannya di tepi dinding sambil memberi rawatan kecemasan.


Seorang jemaah, Yusof Abdul Majid, 80, dari Taman Muhibah, di sini, berkata dia bersama beberapa jemaah lain mengangkat Allahyarham ke tepi dinding sambil mengurut belakangnya bagi memberi bantuan.


“Ketika itu, saya dapat rasa arwah masih bernafas dan kami cuba memulihkannya sementara menunggu ambulans tiba. Saya difahamkan dia meninggal dunia tidak lama kemudian.


“Arwah tinggal di Kampung Padang, Hutan Kampung dan selalu menunaikan solat Jumaat di masjid ini,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

YUSOF menunjukkan cara Arshad bersandar ke dinding masjid sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Imam Masjid Rafeah Taman Uda, Zakaria Long, 74, berkata, ini kali pertama jemaah meninggal dunia di dalam masjid berkenaan sejak masjid ini beroperasi 30 tahun lalu.


“Ini kes pertama jemaah meninggal dunia di masjid ketika khatib membaca khutbah Jumaat. Bagi saya, arwah antara individu yang diberi keistimewaan Allah kerana meninggal di dalam masjid, pada hari Jumaat yang mulia,” katanya.

Anak mangsa, Mohd Azhari Arshad, 22, berkata, arwah bapanya sudah mengidap penyakit darah tinggi sejak dua tahun lalu.


“Arwah selalu mengadu penat dan sakit darah tinggi sejak dua tahun lalu, tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum ini.


“Arwah selalu pergi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan walaupun ada masjid berhampiran dengan rumah.


Menurutnya, arwah juga sudah berhenti merokok sejak Ramadan lalu kerana bimbang dengan penyakitnya itu.


“Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Padang, Hutan Kampung, semalam,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.HARIAN METRO.


Sunday, 25 August 2013

2 Jam Berbalas Tembak



Ipoh: Sekumpulan penjenayah bersenjata api berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis selepas enggan menyerah diri dan terus bersembunyi di dalam rumah hampir dua jam di Taman Syukur, di sini, malam kelmarin.

Penjenayah dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap dan pengedar dadah yang disyaki menembak mati seorang lelaki berusia 25 tahun dan mencederakan dua yang lain di sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee, di sini, 29 Julai lalu.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, kira-kira 100 penduduk sekitar taman itu terkejut apabila menyaksikan adegan tembakan sebelum empat penjenayah berjaya ditangkap.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, sepasukan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) menahan empat penjenayah yang dipercayai menjadikan rumah teres dua tingkat itu sebagai tempat persembunyian.


SEORANG daripada empat penjenayah dibawa polis menaiki kenderaan selepas kejadian tembakan di Taman Syukur, awal pagi semalam.

ANGGOTA polis mengepung rumah di Taman Syukur yang dihuni empat penjenayah.


Menurutnya, beberapa das tembakan dilepaskan polis berikutan seorang suspek yang cuba melarikan diri memiliki pistol automatik dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis.



“Sebaik menyerbu rumah itu, polis berjaya menahan dua suspek di tingkat bawah rumah. Seorang lagi suspek cuba melarikan diri menerusi bumbung, tetapi terjatuh ke lantai rumah jiran.

“Sementara itu, seorang penjenayah yang mempunyai senjata api berjaya ditangkap di kawasan berhampiran,” katanya.

Beliau percaya suspek berusia 30-an itu terbabit dalam kes melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut dan dua cedera di Kampung Simee sebelum ini.

“Serbuan turut menemui beberapa paket dadah Eramin selain sepucuk pistol automatik model Baret serta kelongsong peluru 9mm. Kes ini dianggap kejayaan berikutan tiada kecederaan dialami suspek dan anggota polis,” katanya.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan rumah disewa suspek itu dijadikan markas memproses dadah untuk pasaran tempatan.

Sementara itu, wartawan di lokasi kejadian mendapati suspek pertama dibawa keluar dan menaiki kenderaan polis pada jam 12.25 tengah malam semalam, diikuti tiga suspek lain.

Seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Rahman, 40-an, berkata, dia mulanya menyangka ada orang bermain mercun di luar rumah sebelum mendapati ramai anggota polis mengepung kediaman berkenaan.

“Saya tidak mengenali jiran yang mula menyewa rumah itu beberapa bulan lalu. Kejadian ini sungguh memeranjatkan kerana saya tidak menyangka berjiran dengan pembunuh serta penjenayah berbahaya.

“Mujur polis berjaya menangkap mereka tanpa membabitkan pertumpahan darah,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Tang, 58, berkata, dia yang mencuci kereta terkejut melihat ramai anggota polis mengepung rumah suspek yang terletak 30 meter dari rumahnya.

“Tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi tembakan sebelum segera masuk ke dalam rumah kerana ketakutan,” katanya.harian metro


Penjual Ikan Maut Kena Tujuh Das

Gambar Hiasan






Temerloh: Seorang lelaki ditemui mati dengan tujuh kesan tembakan termasuk dua di kepala dalam kejadian di Kampung Buntut Pulau, di sini, kelmarin.

Mayat mangsa, Abd Majid Abd Rahman, 47, beralamat di Taman Setia, di sini, yang juga seorang penjual ikan ditemui orang awam di kawasan pam pasir kampung berkenaan jam 9.05 malam sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat dan meninggal dunia akibat tembakan di kepala dan dada.

Katanya, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan penemuan itu dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, untuk bedah siasat.


Beliau berkata, hasil bedah siasat dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia akibat terkena tujuh das tembakan iaitu dua di kepala, dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.


“Isteri mangsa memaklumkan suaminya keluar dari rumah mereka pada 18 Ogos (Ahad) lalu.

“Dia (isteri) kemudian mencari suaminya itu dan menemui kereta jenis Proton Perdana milik mangsa di kawasan pam pasir itu pada 21 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Mohd Zakaria berkata, isteri mangsa kemudian membuat satu laporan polis berhubung kehilangan Abd Majid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada hari sama sebelum mayat mangsa ditemui malam kelmarin.


“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.harian metro


Thursday, 1 August 2013

Si Empat Mata Diburu Bantu Selesai Pembunuhan Pengasas Arab-Malaysian Bank

SI EMPAT MATA kini jadi buruan polis.

Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi berusia 44 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan pengasas Arab-Malaysian Bank Husain Ahmad Najadi, 75, di tempat letak kereta di Jalan Raja Chulan, di sini, Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, pemandu teksi terbabit ditahan jam 9 malam di sebuah restoran di Sri Petaling.

“Dia (pemandu teksi) dipercayai individu yang membawa pembunuh terbabit selepas insiden berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati pemandu teksi terbabit mendakwa suspek (pembunuh) adalah pelanggan tetapnya.

“Pemandu teksi itu kemudian menurunkan suspek di Jalan Alor selepas mereka melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya memberitahu, sehingga kini pemandu teksi terbabit mendakwa hanya dia dan suspek berada dalam teksi berkenaan namun siasatan mengenai kesahihan dakwaan itu sedang dijalankan kerana sebelum ini pihak berkuasa percaya terdapat tiga suspek dalam serangan berkenaan.

Ku berkata, polis juga akan mengambil percakapan dengan individu yang ditemui mangsa sebelum kejadian. Dalam perkembangan sama, Ku berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti pembunuh terbabit dikenali sebagai Jian atau digelar Si Empat Mata (Sei Ngan Chai).
“Jian dipercayai bergerak aktif di sekitar Taman Maluri, Cheras dan masih bersembunyi di sekitar Lembah Klang,” katanya memberitahu pihaknya sudah mengedarkan gambar suspek yang dapat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di tokong yang menjadi lokasi kejadian.

Katanya, dia berharap orang ramai akan memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihaknya dengan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPKKL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS Polis KL (Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.SUMBER:harian metro




Lima maut, seorang cedera

JOHOR BAHRU: Lima maut dan seorang cedera apabila kenderaan pelbagai guna Honda Odyssey dinaiki merempuh pokok dan tiang lampu dalam kejadian di Kilometer 21 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini, jam 2 pagi tadi.

Ketua polis daerah Kulaijaya Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila Honda Odyssey itu terbabas dan ternaik ke pembahagi jalan sebelum merempuh pokok serta tiang lampu.

Lima yang maut ialah Hairul Adham Abidin, 25, Nazierul Khalies Mohd Ashari, 19, Nor'ain Alias, 23, Mohd Fadzli Mohd Fakri, 20, dan seorag lagi dikenali sebagai Su, 23.

Mangsa yang cedera ialah Nor Sharifah Hazwani Bardaidi, 23.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulajaya untuk bedah siasat manakala yang cedera ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk rawatan.sumber:harian metro




Friday, 26 July 2013

Pemandu Teksi Maut Kenderaan Rempuh Lori

Seorang pemandu teksi meninggal dunia di tempat kejadian selepas teksi bertembung dengan sebuah lori di Jalan Jelapang - Chemor berhampiran Taman Hartawan dekat Chemor.


IPOH: Seorang pemandu teksi maut apabila teksinya merempuh sebuah lori membawa muatan sampah di Kilometer 11.5 arah Jelapang menghala ke Chemor berhampiran Taman Hartawan di sini, hari ini.

A Santhanam, 64, dari Klebang Restu, mati di tempat kejadian manakala pemandu lori K. Gururaja, 45, dari Klebang Jaya cedera ringan.


Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Sharuddin Wan Omar berkata dalam kejadian jam 11 pagi itu, teksi Proton Iswara itu melanggar lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan pemandu teksi mahu memotong kenderaan yang berada di hadapan secara mengejut, sebelum merempuh lori itu.harian metro


Kejam ! Hempas Kanak-kanak 2 Tahun Sebab Tak Dapat Parking

gambar hiasan

Beijing: Seorang lelaki China sanggup menghempas seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ke tanah, menyebabkan mangsa mati selepas ibunya enggan memberi laluan kepada lelaki itu meletakkan keretanya.

Lelaki yang dikenali sebagai Han mahu meletakkan keretanya dekat perhentian bas, tetapi kereta wanita terbabit tidak bergerak kerana dia sedang melayan anak perempuannya ketika itu, lapor Beijing Times. 


Han, 40, keluar dari kereta Hyundai Sonata dan memukul wanita itu sebelum merenggut kanak-kanak berkenaan dari tempat duduk bayi, mengangkatnya lalu menghempasnya ke tanah.
“Kanak-kanak itu tidak bersuara ketika jatuh ke tanah, malah tidak menangis pun,” lapor akhbar itu.


Seorang lagi lelaki keluar dari kereta itu dan turut membelasah ibu mangsa sebelum mereka melarikan diri.


Polis berjaya menahan Han yang dikatakan baru dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman kerana mencuri. -harian metro.


Tuesday, 23 July 2013

Pergaduhan 2 Pemain Badminton Thailand Cemar Terbuka Kanada (video)



Kuala Lumpur: Kejuaraan Terbuka Kanada dicemari adegan pergaduhan membabitkan dua pemain Thailand yang pernah bergandingan, Bodin Issara dan Maneepong Jongjit.
Kedua-dua pemain yang pernah beraksi di Sukan Olimpik 2012 tetapi dipisahkan pada awal tahun ini, bertemu sesama sendiri di perlawanan akhir. Jongjit bergandingan dengan Nipitphon Puangpuapech manakala Issara bersama Vilailak Pakkawat.

Jongjit-Puangpuapech menang set pertama 21-12 tapi perlawanan itu tidak sempat dihabiskan kerana pergaduhan itu.

Akhbar Vancouversun melaporkan, pengadil perlawanan memberi amaran kepada kedua-dua pemain kerana ‘berperang mulut’ sejak awal permainan lagi.

Keadaan semakin panas ketika rehat sebelum set kedua bersambung yang menyaksikan Issara dan Jongjit kembali berbalas kata-kata kesat.


Issara yang tidak tahan dengan ‘bahasa kasar’ Jongjit menge jar pemain itu hingga ke gelanggang bersebelahan. Jongjit yang rebah kemudian ditumbuk bertubi-tubi sebelum jurulatih dan pegawai perlawanan meleraikan mereka.

Ketika dileraikan, Jongjit sudah tidak berbaju kerana dikoyakkan Issara. Biarpun menyerang, Issara dilapor terpaksa menerima dua jahitan di telinga.

Penyertaan mereka dibatalkan dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengeluarkan kenyataan akan menyiasat kes itu.sumber:





                                           jom saksikan video menarik ini




Wednesday, 17 July 2013

Kemaluan Seorang Lelaki Dipatuk Ular Ketika Dalam Tandas

Tel Aviv: Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.
Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.

Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.

“Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas,” katanya.

Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.


“Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa,” katanya.


 
GAMBAR hiasan.



Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. “Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa,” katanya.sumber:harian metro


Tuesday, 16 July 2013

Tahlil di Lebuh Raya Sebelum Hari Raya

MOTOSIKAL mangsa terperosok ke bawah pacuan empat roda selepas terbabit dalam kemalangan, kelmarin.
Alor Gajah: “Saya sebak melihat Muhamad Suaidi menggelupur di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah lalu membisikkan kalimah syahadah ke telinganya sebelum dia mendengus panjang. Tidak lama kemudian dia terus senyap,” kata Mohd Siddiq Al Hakim Jamat, 19, sahabat baik kepada Muhamad Suaidi Hasan, 19, yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 203.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, Muhamad Suaidi yang menunggang motosikal Yamaha 125Z dalam perjalanan pulang ke ibu kota sebelum motosikal ditunggang hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan.



Nuffnang Ads

Followers