Thursday 27 December 2012

Filled Under:

Pulau Jeju | Pulau Yang Penuh Keajaiban




Pulau Jeju, merupakan pulau terbesar dan terletak di timur laut Korea Selatan. Ia merupakan sebuah pulau hasil pembentukan pembekuan larva gunung berapi. Pulau Jeju turut dikenali Jejudo. Seperti mana 7 Kejaiban Semulajadi yang lain, pulau ini juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.



Menurut sejarah, Pulau Jeju terletak di Selat Korea di daerah Jeollanamdo sebelum berpisah menjadi daerah lain pada 1946. Ia pernah juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya Doi, Dongyeongju, Juho, Tammora, Takra, Tamra.


Antara tarikan utama pulau pelancongan ini adalah gua bawah tanah dan Taman Hallim serta Taman Bonsai yang berusia lebih 150 tahun. Pulau Jeju berkeluasan 73 kilometer x 41 km ini turut memiliki kawasan unik dikenali Mysterious Road yang mana barangan termasuk kereta boleh bergerak sendiri tanpa sebarang ‘kuasa,’ menaiki kawasan berbukit. 


Kredit Foto: http://syokbebenor.blogspot.com




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers