Thursday, 17 January 2013

Filled Under:

HOT!!! Nafi Hina Islam, Patrick Teoh Mohon Maaf Secara Terbuka!


"Kepada semua Muslim, saya meminta maaf kerana menyinggung perasaan dalam satu kenyataan menerusi Facebook. Kenyataan itu sudah dibuang dan alasan bahawa ianya sudah pun dijelaskan. Terima kasih atas kesabaran anda," katanya sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro hari ini,

 Berikutan status akaun facebooknya yang mengundang kontroversi, pelakon dan penyampai radio, Patrick Teoh telah memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi kenyataan kontroversi tersebut, pelakon filem Baik Punya Cilok arahan Afdlin Shauki ini telah mengkritik sebuah kerajaan negeri kerana mengeluarkan garis panduan baru terhadap penganjur acara persembahan.
Pun begitu, akibat gagal mengawal emosi, Patrick turut bertindak melebihi batas dengan mengaitkannya dengan isu agama.
Oleh kerana itu, ia telah menimbulkan perasaan kurang senang pada pengunjung di laman Facebook berkenaan termasuklah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan rakan artis seperti Dato' AC Mizal, Hafiz Hamidun dan Tomok.
Memetik komen AC, pengacara Maharaja Lawak Mega tersebut telah menyatakan soal agama jangan dipermainkan. Namun, Patrick juga menyatakan dia tidak terlintas mahu menghina Islam.SUMBER




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers