Murai Batu percaya ada sebahagian daripada penonton yang agak kecewa apabila penyanyi yang semakin menyinar bakatnya iaitu Shila Amzah tidak memenangi apa-apa anugerah di dalam malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.
Padahal da telah memberikan persembahan yang boleh disifatkan sebagai terbaik pada malam itu. Tapi, hendak buat macamanakan, dah tertulis bahawa bukan rezekinya pada malam itu.
Tidak apalah, Shila pun masih muda, perjalanannya di dalam industri ini masih lagi jauh dan kegagalan malam tadi tidak seharusnya membuatkan dia 'Patah Seribu' untuk terus berkarya lagi.
Malah apa yang penting, ia seharusnya dijadikan titik permulaan untuk Shila terus menghasilkan karya-karya yang lebih hebat serta kreatif lagi.
Di kesempatan ini, Murai Batu pun nak beri pujian sangat-sangat pada penyokong tegar Shila Amzah yang menggelarkan diri mereka sebagai Shilalas. Sebab walaupun penyanyi idola dan kesayangan mereka tidak berjaya membawa pulang sebarang anugerah, tapi mereka nampaknya bersikap cukup rasional.
Taklah macam segelintir peminat kepada penyanyi lainkan. Bila penyanyi kesayangan kalah, macam-macam yang diaorang kutuk. Itu tak betullah, ini tak okeylah. Malah Murai Batu nampak mereka beriya-iya memberikan kata-kata sokongan yang cukup positif buat Shila Amzah dan sanggup menyokong penyanyi muda ini sampai bila-bila.
Ha.. Inilah namanya penyokong sejati dan penyokong yang bijak! Pada Shila Amzah pula, Murai Batu percaya bintangnya akan terukir dengan lebih besar lagi selepas ini. Percaya pada diri dan berpegang pada prinsip yang dipegang selama ini. Insya Allah, Shila pasti akan menyinar lagi.SUMBER
.
0 comments:
Post a Comment