Monday, 7 January 2013
Filled Under:
hiburan
HOT!! TYZO,Ditamat kontrak serta merta DI Suria FM
Posted By:
zamri spoon
on 13:35
TIDAK ada angin, tidak ada ribut tiba-tiba sahaja Syed mendengar berita yang dua orang penyampai radio Suria FM sudah pun ditamatkan kontrak pada penghujung Disember yang lalu. Bagi Syed penamatan kontrak ini perkara biasa cuma akan jadi luar biasa bila perkara tersebut dilaksanakan dengan cara yang kurang manis seperti yang berlaku pada kedua-dua penyampai ini.
Syed difahamkan Tuah Zoqarnain dan Kencana Dewi diberitahu tentang penamatan kontrak mereka betul-betul pada hari terakhir kontrak mereka sah dan diminta untuk menerima keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan Suria FM.
Menurut sumber dalaman, Tuah dan Kencana dipanggil mengadap orang atasan Suria FM dan diberitahu secara lisan sahaja mengenai penamatan kontrak mereka tanpa mengeluarkan apa-apa surat lagi.
Dan pihak atasan stesen radio terbabit juga khabarnya enggan menyambung kontrak atas alasan khidmat kedua-dua penyampai ini sudah tidak sesuai dan tidak selari dengan matlamat stesen radio berkenaan untuk tahun 2013.
Dengar khabarnya Tuah memang cukup sedih dengan apa yang dah jadi. Tamat kontrak tu satu hal, macam mana nak sara hidup lepas ni? Nak bayar bil, duit rumah, duit kereta dan macam-macam lagi.
Tak ada masalah kalau nak tamat kontrak sekalipun tetapi sepatutnya mereka diberitahu lebih ada sekurang-kurangnya tiga bulan. Setidak-tidaknya Tuah mahupun Kencana boleh bersedia untuk buat benda lain.
Aku tak pasti apa yang berlaku dalam pengurusan baru Suria FM tu. Mungkin mereka rasa kedua-dua penyampai ini dah tak relevan dan tak mampu tarik pendengar baru kot.
Macam Tuah tu, dia sudah enam tahun berkhidmat di situ. Dia juga orang yang bertanggungjawab menaikkan Suria FM sampai ke tahap ini.
Bila tiba masa, ini yang dia terima. Nak buat macam mana, orang perah kudrat kita masa bertenaga, bila dah lama orang campak macam tu saja. Dengar-dengar cerita memang ada lagi yang akan menerima nasib macam tu.
Yang aku pelik, khabarnya jadual mereka bertugas untuk bulan Januari sudah disiapkan bulan lepas. Maknanya Tuah mahupun Kencana sepatutnya masih lagi bertugas untuk tahun ini.
Tup-tup rupanya bulan penghujung Disember rupanya dah kena tendang. Memang kesian betul dengan nasib kedua-dua penyampai yang ada ramai peminat ni." kata sumber dalaman ini lagi.
Syed ada menghubungi Tuah untuk bertanyakan kebenaran cerita tersebut. Dia telah mengesahkan kepada Syed yang kontraknya bersama Suria FM tidak disambung.
Apa yang boleh saya cakap kontrak saya sudah tidak disambung oleh pihak pengurusan Suria FM lagi. Mungkin mereka merasakan saya tidak lagi cocok dengan stesen radio berkenaan.
Saya kena merancang masa depan. Tak pasti lagi apa nak buat. Hidup kena terus walaupun perkara ini cukup menyedihkan saya," jelas Tuah ringkas.
Nampaknya tak ada lagi suara Kencana pagi-pagi mengajar Bahasa Tamil dan tidak ada juga suara Tuah mengendalikan segmen Manja-Manja Malam Jumaat yang memang ramai peminat.
Syed: Tahun ni pengacara Nona masih milik Fara Fauzana dan Neelofa.
sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment