KUALA PILAH – Pelik dan unik. Itulah yang dapat digambarkan kepada seekor ayam berusia sebulan yang mempunyai 10 jari kaki.
Pemilik ayam tersebut, Maimon Mohd Zain, 45, berkata, pada awalnya, dia
tidak sedar terdapat keganjilan pada kaki ayam betina itu.
“Namun, akibat sering membelai ayam berkenaan, barulah saya perasan ia memiliki lebih dari empat jari pada kedua-dua kakinya.
“Lebihan jari kakinya berada di bahagian belakang dan jika diamati
memang tidak perasan sangat. Ayam betina ini memang sangat jinak, ke
mana saya pergi, memang akan ikut dan seolah-olah memahami saya
tuannya,” katanya ditemui di rumahnya dekat Kampung Kabong, Inas, di
sini.
Maimon berkata, anak ayam itu dibeli daripada peniaga di Senaling dengan harga RM2.70 seekor.
“Kini saya sudah ada 50 ekor ayam dan lebih 10 ekor ternakan itik. Saya memang minat kepada bidang ternakan,” katanya.
Maimon berkata, dia juga memiliki seekor itik nila yang unik kerana menetas 18 biji telur secara serentak.
“Jarang hendak jumpa, seekor itik menetas dalam jumlah telur yang
banyak. Saya memang terkejut apabila lihat 18 biji telur pada masa yang
sama.
“Mungkin ini rezeki saya, syukur kepada ALLAH kerana menambah pendapatan saya dan setiap kejadian ada hikmah-Nya,” katanya.
SUMBER;-kosmo.com.my/
Thursday, 31 January 2013
Filled Under:
pelik
KECOH DI NEGERI SEMBILAN AYAM MILIKI 10 JARI KAKI
Posted By:
zamri spoon
on 22:16
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment