( Sumber gambar ) |
GEORGE TOWN —
Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan
Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini.
Ketua Polis
Daerah Barat Daya, Supt. Hatta Md. Zin berkata, dalam kejadian 12.30
tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan
isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah
melalui lapangan terbang berkenaan.
"Ketika itu
bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku
sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek
bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.
"Kebetulan pada
masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui
lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan
suspek...dia terus menahan suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Hatta berkata,
suspek ditahan reman sehingga 14 Februari ini untuk siasatan lanjut dan
kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit
kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.
Sementara itu,
Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia cawangan Pulau Pinang
hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya
dekat sini berhubung perkara itu.
Pengerusinya,
Azhar Abdul Majid berkata, tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada
Raja Permaisuri Agong adalah satu tindakan yang biadap.
— BERNAMA
misunderstanding rupanya...
ReplyDeletehuhuhuhuhuhu
ialah,takan gaduh depan bapakntunjuknisyarat tangan.kuang hajo namanya...
ReplyDelete