Tuesday, 12 February 2013

Filled Under:

PENJENAYAH BANGGANG!! KEBAS KAIN PENUTUP JENAZAH


CHANIS – “Tak sangka, kain penutup jenazah pun dia kebas,” itu luahan seorang mangsa pecah rumah, Nordin Ali, 40, selepas kediamannya di Felda Keratong 7, dimasuki pencuri.

Nordin berkata, tiga helai kain penutup jenazah mertuanya itu diletakkan dalam sebuah beg konvokesyen seorang anaknya di bilik utama rumah tersebut.

Malah menurutnya, penjenayah itu juga sanggup mencuri syiling yang diletakkan di ruang solat rumahnya.

“Saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran pencuri itu hingga sanggup curi kain penutup jenazah walaupun ia tidak lagi bernilai kerana sudah digunakan bagi menutup mayat si mati.

“Lebih mengecewakan ruang solat yang menempatkan beberapa naskah al-Quran dan sejadah digeledah untuk mencari wang,” katanya 




Tiada di rumah ketika kejadian

Menurut Nordin, ketika kejadian itu, dia dan keluarganya tiada di rumah kerana berkunjung ke rumah seorang anaknya di Kuantan.

Katanya, sebaik pulang ke rumah, dia dapati tingkap dapur tidak ditutup rapat, selain pakaian dalam bilik berselerak atas lantai.

“Malah saya dapati kain batik dan pelekat yang akan digunakan ketika kenduri kahwin anak turut dicuri.

"Tapi saya tidak tahu pencuri pecah masuk pada Jumaat atau Sabtu, kerana tiada di rumah," katanya.

Menurutnya, dia percaya kecurian berlaku disebabkan tinggal beberapa hari saja lagi dia bakal menerima menantu iaitu pada 23 Februari depan.

“Mungkin pencuri ingat rumah kami banyak duit hingga sanggup pecah masuk.

"Sedangkan semua duit kami simpan dalam bank kerana kawasan ini tidak lagi selamat lagi disebabkan banyak kes kecurian,” katanya.

Lima kali dipecah masuk

SEMENTARA itu, ibu tunggal, Siti Hamidah Jamal, 56, berkata, dia mengalami kerugian dianggarkan RM200 hingga RM500 setelah besi tingkap dapur rumahnya di Felda Keratong 7, diumpil sebelum beberapa barang dapur dicuri,

“Saya tiada rumah beberapa hari kerana melawat anak di Tanjung Sepat dan sebaik pulang mendapati rumah digeledah.

"Selain itu, barangan dapur seperti lima kilogram beras, dua botol minyak masak, RM30 syiling dan tong gas dikebas pencuri,” katanya.

Menurutnya, rumahnya itu sering menjadi sasaran pencuri berikutan sudah sudah lima kali dipecah masuk ketika ketiadaannya.

“Saya hairan kenapa rumah saya sering dimasuki pencuri?

"Saya bukan orang kaya atau banyak duit, tambahan pula suami sudah lebih lima tahun meninggal dunia,” katanya.

Siti Hamidah berkata, dia percaya kegiatan itu dilakukan penagih yang terdesak mencari wang bagi mendapatkan dadah.

“Bukan sebuah dua rumah dimasuki pencuri, malah lebih 10 kes dilaporkan di Felda Keratong 6 dan 7 tentang kejadian sama.

"Namun belum ada kes pencuri masuk dan mencederakan penghuni rumah,” katanya.

Berhasrat pasang jeriji besi

BAGI Mohd Mukehlas Narwi, 58, yang turut mengalami situasi sama, ketika dia dan isteri menyelesaikan urusan di Seremban.

Dia hanya menyedari rumahnya dimasuki pencuri apabila tingkap ruang tamu terbuka sebaik tiba di rumahnya,

Menurutnya, dua telefon bimbit dan dua tabung dalam bilik dipercayai lesap selepas kejadian tersebut.

“Saya menganggarkan lebih RM200 hilang dalam kejadian ini .

"Pastinya saya akan lebih berhati-hati termasuk berhasrat memasang jeriji besi bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Dalam pada itu, jirannya, Mohd Razali Putih Lamat, 63, berkata, dia beberapa kali meninjau rumah Mohd Mukehlas sewaktu jirannya itu tiada di rumah.

Namun terkejut apabila dia mendapati tingkap di rumah itu terbuka.

“Saya mengesyaki rumahnya itu dimasuki pencuri pada waktu malam atau awal pagi kerana pada malam sebelum kejadian saya dapati tingkap rumahnya tertutup rapat,” katanya.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers