Tuesday, 12 February 2013

Filled Under:

GILA!! DOKTOR MINTA PANGGILAN BE RA H I DARI PESAKIT




Kuala Terengganu: Seorang lelaki dikesan menyamar doktor sebuah hospital kerajaan dengan meminta seorang pesakit wanita yang dihubunginya menerusi telefon melakukan beberapa aksi lucah termasuk membuka pakaian.
Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu (Perubatan) Dr Mohamad Omar berkata, kejadian terbaru berlaku minggu lalu apabila seorang wanita berusia 30-an yang hamil dihubungi lelaki terbabit yang menyamar doktor. “Pada mulanya, lelaki terbabit bertanyakan mengenai keadaan pesakit sebelum meminta mangsa melakukan beberapa aksi lucah termasuk membuka baju dengan alasan ia sebahagian proses rawatan selepas mendapat kepercayaan mangsa. 

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa akur dengan arahan berkenaan memandangkan segala maklumat mengenai keadaan kesihatan disebut lelaki terbabit tepat.

“Dalam perbualan itu, lelaki terbabit meminta mangsa melakukan beberapa aksi lucah dipercayai untuk memuaskan nafsunya dengan mendengar suara mangsa ketika melakukan aksi diminta,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurutnya, mangsa hanya tersedar ditipu selepas menamatkan perbualan dengan lelaki
berkenaansbelom melaporkan kejadian itu kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. Katanya,siasatan awal mendapati lelaki terbabit  dikesan menghubungi mangsa yang baisanya  baru mendapatkan rawatan di  hospital atau klinik di negeri ini dengan  memperkenalkan diri sebagai doktor. 
Beliau berkata, lelaki terbabit terlebih dulu mendapatkan maklumat berkaitan pesakit melalui hospital atau klinik dengan cara memperdayakan kakitangan bertugas sebelum menghubungi mangsa.
Sebaik memperolehi maklumat , lelaki terbabit menghubungi mangsa dengan memperkenalkan diri doktor .Pada mulanya ,perbualan hanya kepada keadaan pesakit sebelum memulakan perbuatan tidak bermoral  itu. 
Sebelum ini , kejadian sama pernah berlaku kira kira 2 tahun lalu, tetapi individu terbabit menghentikan perbuatan tiadak bermoral itu selepas ia kecoh dan kini berulang kembali.
Kita tidak pasti sama ada lelaki terbabit adalah individu sama  atausebaliknya  tetapi menasihatkan orang ramai terutama wanita tidak mudah terperdaya dan mengikuti arahan pelik jika dihubungi individu berkenaan selain  segera menghubungi pihak hospital bagi membolehkan tindakan segera diambil, katanya. Mohamad berkata, doktor atau pegawai perubatan kerajaan tidak akan menghubungi pesakit untuk melakukan rawatan kerana produser perubatan tidak boleh dilakukan menerusi panggilan telefon,

sumber ;-harian metro...




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers