Doktor Billy Cohn dan Bud Frazier dari Texas Heart Institute berjaya menukar jantung milik Craig Lewis dengan sebuah alat pam yang berfungsi SEPERTI jantung manusia.
Jantung buatan ini telah menyelamatkan nyawa lelaki berusia 55 tahun itu dari penyakit amyloidosis, sebuah penyakit yang menyebabkan tubuhnya menghasilkan protein abnormal. Protein-protein in
Kini, Lewis boleh dikatakan sebagai manusia tanpa jantung pertama yang berjalan di muka bumi. Tak hanya itu, jantung buatan tersebut membuat lelaki ini tak mempunyai denyut nadi. Hal ini kerana cara kerja jantung buatannya yang tak berdegup seperti jantung asli, melainkan hanya mengepam darah terus menerus tanpa henti. Tapi bagaimanapun hasilnya, selama alat ini berfungsi, Lewis akan tetap hidup walaupun tanpa degup jantung dan denyut nadi.
Yang membimbangkan adalah kerana tak mempunyai denyut jantung mahupun denyut nadi, jika bapa ini tiba-tiba pengsan, dan orang yang menolongnya tidak mengetahui riwayat kesihatannya, boleh saja Lewis langsung dikatakan meninggal. Padahal ia masih hidup. Bayangkan kekacauan yang berlaku jika ia tiba-tiba bangun di bilik mayat pada malam hari di hopital.
sumber
0 comments:
Post a Comment