Sebenarnya, ada suatu perairan di Jepun yang sangat berbahaya bagi aktiviti pelayaran dan penerbangan, sama bahaya dengan Segitiga bermuda / Bermuda Triangle iaitu Japan Devil s Sea / Laut Setan.
PETA Laut Setan Jepun
Perairan ini adalah merupakan kawasan lautan tenang di Laut Pasifik, 100 KM sebelah selatan Tokyo, yang terletak di antara pulau Ivojima dan Pulau Miyake, tetapi kurang begitu terkenal berbanding Segitiga Bermuda, barangkali kerana letaknya yang jauh dari tanah besar Jepun.Sementara itu Segitiga Bermuda sangat akrab bagi kalangan pelaut Amerika, yang pada gilirannya menelan banyak kapal dan pesawat.
Walaupun demikian, Laut Setan dekat daratan Jepun itu juga bertanggung jawab atas kehilangan beberapa kapal dan pesawat. Antara tahun 1950 dan 1954, di daerah ini telah hilang tidak kurang dari 9 kapal besar tanpa meninggalkan bekas. Kerajaan Jepun sangat menaruh perhatian terhadap daerah ini, dan mengumumkan bahawa ia merupakah daerah berbahaya dan tidak boleh didekati. Pada tahun 1955 kerajaan Jepun menghantar ekspedisi dengan membawa sejumlah pakar menuju daerah tersebut dengan menggunakan kapal Kawamaru. Malangnya Kawamaru lenyap tanpa pesan.
Seorang sarjana Amerika, Ivan Sanderson, yang sangat tertarik dengan semua keanehan tersebut, berusaha melihat letak Segitiga Bermuda dan Japan Devil s Sea dalam peta. Ternyata dia melihat bahawa kedua-dua kawasan tersebut terletak betul-betul digaris bujur antara 30 dan 40 darjah sebelah utara khatulistiwa, luasnya hampir sama (lihat peta diatas).
Melalui kesimpulan ini Sanderson meneruskan pemerhatiannya pada hal-hal lain, dan dia mendapati bahawa terdapat 12 daerah di dunia ini yang sejenis dengan itu. Dua diantaranya di kutub utara dan kutub selatan, sedang sepuluh lainnya terbahagi dalam dua jajar, barisan pertama terletak pada garis bujur 40 darjah sebelah utara, dan barisan kedua terletak pada garis bujur 40 darjah sebelah selatan khatulistiwa.
Masing-masing tempat berasingan sekitar 72 darjah pada garis lintang. Tempat-tempat tersebut disamping didua kutub utara dan selatan, antara lain adalah dua kawasan yang terletak di daratan. Satu di uatara Gurun Pasir Besar Afrika, dan satu lagi di kawasan pergunungan barat laut India.
Sanderson mengamati bahawa sebahagian besar kawasan tersebut memiliki persamaan antara satu sama lain, antara lain, dalam letaknya yang berada dikawasan yang mana bertemu arus panas dan dingin, dan bahawasanya tempat2 tersebut dipandang sebagai titik-simpul, kerana ia mengarahkan arus air atas dan bawah pada arah yang berlawanan, dan dengan suhu yang berbeza tersebut, dapat menimbulkan gelombang magnetic yang menjadi biang keladi bagi semua kecelakaan itu.Akan tetapi teori Sanderson ini tidak dibina atas suatu dalil.
Tidak ada suatu apapun yang membuktikan bahawa pertemuan dua aliran air yang berlawanan arah dan dengan suhu yang berbeza dapat menghasilkan gelombang magnetik di dalam bumi.
Selain itu, teori Sanderson juga tidak menginprestasikan cara kerja "Kuburan Setan" yang terletak didaratan.Yakni, dua dikutub utara dan kutub selatan, yang ketiga di sebelah utara Gurun Besar Afrika, dan yang keempat di pergunungan barat-daya India.
Lebih jauh lagi, teori tersebut gagal menjawab soalan, mengapa kapal-kapal yang menjadi korban di tempat-tempat seperti itu ditinggalkan penumpangnya begitu sahaja, dan ke mana pula mereka pergi? Lalu, peristiwa apa pula yang kelihatannya demikian menakutkan mereka, sehingga mereka meninggalkan kapalnya?
sumber
wah namanya juga dah serem banget
ReplyDeletebaru denger nama itu
ReplyDelete