Thursday, 7 February 2013

Filled Under:

KEJAM!! 5 HUKUMAN MATI DILAKSANAKAN OLEH GAJAH


Hukuman mati oleh gajah adalah suatu kaedah pelaksanaan yang selama ribuan tahun telah dilaksanakan d Asia Selatan dan Tenggara, khususnya di India. Gajah Asia, digunakan untuk meremukkan, menghancurkan, atau menyeksa tawanan di depan umum. Gajah-gajah tersebut telah dilatih sehingga mampu untuk terus membunuh atau terlebih dulu menyiksa mangsanya pelan-pelan.Kaedah ini pada zaman dahulu sering membuat ngeri orang-orang Eropah yang datang ke Asia. Banyak jurnal dan catatan yang dibuat oleh orang Eropah mengenai kaedah ini. Ketika bangsa Eropah menjajah bangsa-bangsa Asia, cara ini mulai dilarang.
Di Eropah sendiri, bangsa Rom dan Carthage pernah menggunakan cara ini untuk menghukum para perajurit yang memberontak.

1. Asia Barat
 

Pada abad pertengahan, pelaksanaan oleh gajah dilakukan di beberapa kawasan di barat, termasuk Empayar Byzantine (Rom timur), Sassanid (Parsi), dan Seljuk (Turki). Seorang Maharaja Sassanid bernama Khosrau II, yang mempunyai 3,000 isteri dan 12,000 budak wanita, suatu hari menginginkan Hadiqah (putri dari Na'aman) untuk dijadikan isteri. Namun Na'aman (yang beragama Kristian) tak mau anak perempuannya memasuki agama Zoroaster. Kerana penolakan ini, Na'man pun dihukum dengan cara dipijak oleh gajah sampai mati.
Rabbi Petachiah, seorang pengelana dari Ratisbon, melaporkan seksekusi oleh gajah dilakukan di Mesopotamia utara yang saat itu dikuasai oleh Seljuk. Di sana, ketika Sultan sudah menyatakan hukuman mati untuk seseorang, maka ada orang-orang yang akan berkata pada gajah, "orang ini bersalah." Gajah itu lalu akan mengambil sang korban dengan mulutnya, melemparkannya tinggi-tinggi dan membunuhnya.

2. Sri Lanka
 

Pelaut Inggeris bernama Robert Knox pada tahun 1681 pernah ditawan di Sri Lanka. Di sana dia menyaksikan pembunuhan dengan memakai gajah. Knox mengatakan bahawa Gajahnya memakai suatu besi dengan tiga hujung tajam di gadingnya. Gajah itu lalu menusuk mangsanya dengan besi itu dan mengacak-acak organ tubuh sang korban.
Diplomat Inggeris Sir Henry Charles Sirr pernah berkunjung ke Sri Lanka dan menceritakan hukuman mati oleh gajah atas perintah raja Sri Vikrama Rajasinha. Beginilah kutipan ceritanya:
.... Sang pemimpin memberi arahan pada gajah, 'bunuh orang itu!' Sang gajah lalu mengangkat belalainya dan menginjak-injak tanah. Sang pemimpin lalu berkata, 'Selesaikan sekarang,' dan sang gajah meletakkan satu kaki di atas kepala mangsanya sementara satu kaki yang lain di atas perut mangsanya, dan dengan sekuat tenaga gajah itu menghancurkan tubuh orang malang itu ....

3. India
 

Di India, selama berabad-abad gajah telah digunakan untuk menghukum penjenayah. Manu Smriti atau Undang-undang Manu, yang ditulis pada 200 M, menyatakan bahawa jika ada kecurian, maka pencuri tersebut perlu dihukum dengan menggunakan gajah. Pada tahun 1305, Sultan Delhi memerintahkan hukuman pada para tawanan Mongol, sang Sultan menyuruh supaya mereka diinjak oleh gajah di depan umum.
Penggunaan gajah sebagai alat pelaksanaan berlanjutan sehingga abad ke-19. Dalam sebuah ekspedisi di india pada 1868, Louis Rousselet menggambarkan pembunuhan seorang pelaku jenayah oleh gajah. Dia menceritakan bahawa sang terhukum harus meletakkan kepalanya di sebuah tumpukan angka, lalu sang gajah akan meremukkan kepala korban dengan kakinya.

4. Asia Tenggara

pada zaman dahulu, Gajah digunakan sebagai alat hukuman mati di Burma, juga di kerajaan Champa. Sedangkan di kerajaan Siam, gajah-gajah dilatih untuk melempar mangsa ke udara sebelum menginjak mereka sampai mati. John Crawfurd menyaksikan pelaksanaan oleh gajah di Kerajaan Cochinchina (Vietnam selatan) ketika dia menjadi duta Inggeris pada tahun 1821. Crawfurd menceritakan bahawa pelaku jenayah diikat di kayu, lalu seekor gajah berlari ke arahnya dan menginjak-injaknya sampai mati.
5. Empayar Barat 
 Romawi, Carthage, dan Yunani Macedonian adakalanya menggunakan gajah untuk pelaksanaan. Pemberontak, tawanan perang, dan penjahat perang banyak yang mati di bawah kaki haiwan besar ini. Perdikkas, seorang pemimpin Macedonian, pernah menghukum 300 orang pemberontak dengan cara melemparkan mereka pada gajah-gajah, yang langsung saja menginjak-injak tubuh mereka hingga hancur.
Penulis Rom Valerius Maximus mencatat bagaimana Jeneral Lucius Aemilius Paulus Macedonicus melemparkan orang-orang untuk dinjak-injak oleh gajah jika ada yang melanggar disiplin atau melakukan pemberontakan.

















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers