Aksi pawang yang melepaskan hampir 40 ekor ular berbisa, termasuk empat ular kobra yang berbisa ini, membuat para kakitangan bergegas ke pintu keluar apabila puluhan reptilia ini mulai merayap di lantai pejabat registri tanah di bandar Harraiya, di Uttar Pradesh.
Menurut theaustralian, orang-orang yang tidak sempat melarikan diri, mengambil inisiatif memanjat ke atas meja untuk mengelakkan gigitan ular-ular tersebut, sementara yang lain mengibas-ngibaskan potongan kain untuk menakut-nakutkan mereka.
"Ular mulai memanjat meja dan kursi ratusan orang berkumpul di luar bilik, beberapa dari mereka memegang tongkat. Berteriak bahawa ular harus dibunuh, "kata Ramsukh Sharma, seorang pegawai, yang mengatakan bahawa ular itu menyebabkan kekacauan keseluruhan di pejabat itu.
Ular-ular itu akhirnya dapat ditangkap kembali oleh polis dan kakitangan dari Jabatan Perhutanan negara, namun pawang ular yang melepaskan mereka, Hukkul Khan yang tinggal di desa Lara, masih di tahan sementara dalam lokap.
Warga tempatan mengatakan bahawa Khan sering dipanggil ketika ada ular terlihat guna membantu menangkap mereka.
Alasan kemarahan Khan disebabkan oleh kakitangan pejabat di pejabat tersebut yang telah menyekat rencana untuk memberinya sebidang tanah, yang akan digunakan sebagai tempat untuk memelihara ular-ular yang telah ia tangkap. Dimana Khan menyatakan bahawa mereka (para pegawai) meminta wang rasuah untuk mengabulkan dokumen itu.
Bahar Dutt, aktivis hak-hak binatang yang telah bekerja selama lapan tahun dengan pawang ular di India, mengatakan bahawa banyak daripada mereka berjuang untuk mencari pekerjaan baru untuk mereka setelah amalan itu dilarang undang-undang di India.
Pushkar Raj, setiausaha agung People s Union for Civil Liberties, mengatakan bahawa insiden tersebut mencerminkan semakin meningkatnya kecewa di kalangan masyarakat India terhadap rasuah dalam birokrasi negara itu.\SUMBER
ayuh jom saksikan video menarik ini
0 comments:
Post a Comment