Saturday, 9 February 2013

Filled Under:

PELIK!! DATUK 79 TAHUN HIDUP HIDUP DAN MAKAN SEPERTI SERIGALA


 Seorang datuk berusia 79 tahun membesarkan 29 ekor serigala di Merzig, Jerman. Bekas tentera itu pun membiasakan diri untuk hidup di sekitar kawanan serigala dan meniru tingkah laku haiwan buas itu.




Werner Freund cuba untuk mengakrabkan dirinya di alam bersama kawanan serigala. Freund pun mendirikan kawasan perlindungan serigala yang terbentang seluas 25 hektar. Tempat itu sudah ada pada 1972 silam dan di tempat itu pulalah, Freund membesarkan 70 haiwan. Tempat itu diberi nama Wolfspark Werner Freund.




Ketika berada di sekeliling serigala, Freund tak segan untuk makan daging segar seperti seekor serigala. Freund menggigit bangkai rusa yang berdarah-darah sambil meniarap, bersamaan dengan itu, serigala yang lain ikut menggigit daging yang ada di mulut Freund.

Pada saat waktu makan tiba, Freund harus memastikan bahawa dirinya menikmati daging segar terlebih dulu sebelum kawanan serigala yang lain datang dan menghampirinya. Kawanan serigala itu sama sekali tidak menyerang Freund, mereka justeru menyukainya. Selain sering bermain bersama, Freund pun sempat terlihat saling menjilat bibir dengan serigala Mongolia berwarna coklat.


Seperti diketahui, Freund membesarkan enam spesies serigala di Merzig. Serigala itu antara lain adalah serigala Eropah, Siberia, Kanada, Artik dan Mongolia. Meski demikian, serigala kutub Artik-lah menjadi haiwan primadona yang ada di Wolfspark Werner Freund.

Selain makan bersama serigala, Freund pun sering dilihat melolong dan meniru suara serigala. Hidup lelaki berambut putih itu terlihat bak pimpinan kawanan haiwan buas tersebut






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers