LAHAD DATU - Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke
Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat
jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.
"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.
Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di
Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah
siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.
Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri
dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh
dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.
Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata sembahyang jenazah akan
diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan
ditetapkan.
"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama
Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka
dicucuri rahmat," katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan
dikebumi. - Bernama
Wednesday, 13 March 2013
Filled Under:
PENCEROBOHAN SABAH
LAH,AD DAT,U ;- 1 DARIPADA 18 MAY,AT PENGG.ANAS DIPERCAYAI KOMAN,DER MUSA
Posted By:
zamri spoon
on 11:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment