SEMPORNA - Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam
yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan
dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini
hari ini.
Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata
dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA)
itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi
lokasi persembunyian enam suspek terbabit.
"Kami menjalankan serbuan pukul 6 pagi setelah menerima maklumat
awam...jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada
mereka adalah pengganas Sulu atau tidak," katanya ketika dihubungi.
Mohd Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu.
Beliau berkata tiada senjata api atau alat telekomunikasi yang ditemui dalam serbuan itu.
Sementara itu, tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati rata-rata
penduduk di kampung berkenaan mendakwa tidak pernah melihat kelibat enam
lelaki terbabit di kampung berkenaan. - Bernama
sumber;-hmetro.com.my
Wednesday, 13 March 2013
Filled Under:
PENCEROBOHAN SABAH
POLIS TAHAN 6 SUSPEK DISYAKI PENGG,ANAS S.U.L.U
Posted By:
zamri spoon
on 16:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment