Rabia al-Dousari boleh jadi termasuk dalam golongan lelaki yang
sangat pemaaf. Dia berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri,
yang terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah.
Namun janji tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari
hukuman penjara sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal
Alquran, seperti dipetik daripada stesen televisyen Al Arabiya
Faisal al-Amiri mencium kening Rabi al-Dousari, iaitu ayah kepada Abdullah.
Perbicaraan di daerah sebelah timur Arab Saudi itu telah memutuskan
Faisal bersalah membunuh Abdullah dalam sebuah pergaduhan. Sesuai
syariat Islam yang diamalkan di negara itu, Faisal dihukum mati.
Pelaksanaan hukuman mati dilakukan dengan cara dipancung kepalanya.
Tetapi, Faisal boleh bebas dari semua hukuman itu sekiranya keluarga
Abdullah mahu memberikan keampunan. Mahkamah Tinggi di situ mendorong
agar Dousari memaafkan kesalahan Faisal.
Dousari menolak wang pengganti darah anaknya. Dia hanya memberikan syarat supaya Faisal menghafal kitab suci umat Islam itu.
Dousari barangkali yakin Faisal tidak akan mengulangi dosa itu lagi bahkan berubah menjadi soleh setelah menghafal Alquran.
Monday, 18 March 2013
Filled Under:
islam
Lelaki Ampun Pembunuh Anaknya Jika Berjaya Hafal Al-Quran
Posted By:
zamri spoon
on 11:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment