-
New York : Seorang lelaki di Long Island, New York, berdepan hukuman
penjara 30 hari dan denda $500 selepas jirannya membuat aduan kepada
polis bahawa lelaki berkenaan membuat bising dengan ketawa.
Robert
Schiavelli, 41, sebelum ini telah disaman sebanyak dua kali kerana
mengganggu ketenteraman awam dengan ketawa dari tingkap rumahnya di
Rockville Centre pada 6 petang, 12 dan 13 Februari lalu.
Alasan
yang diberikan oleh Schiavelli kenapa dia berbuat demikian ialah
sebagai membalas dendam terhadap jirannya yang sentiasa mempersendakan
ketidak upayaannya.
Jalan terbaik terhadap perkara itu kata Schiavelli ialah dengan ketawa.
“Jiran saya selalu memperkatakan perkara yang mengarut dan satu-satunya jalan bagi berdepan dengan dia ialah ketawa,’’ katanya.
Schiavelli menetap bersama ibunya, Suzanne Schiavelli.
Dalam pada itu, Suzanne menyifatkan ketawa anaknya itu sebagai sesuatu yang `comel’.
“Selepas
suami saya meninggal dunia, anak saya dan saya telah berjanji untuk
ketawa setiap hari dan bergembira dalam hidup,’’ katanya.
Menurut Suzanne, jiran mereka, Daniel O’Hanion yang membuat aduan kepada polis itu, sering memanggil anaknya seagai cacat.
O’Hanion juga katanya, sering mempersendakan cara Schiavelli berjalan dan suka mengajuk percakapan anak lelakinya itu.
Jarak rumah O’Hanion dan Schiavelli adalah kira-kira 20 kaki.
Sementara
itu, peguam O’Hanion iaitu Andrew Campanelli berkata, akibat perbuatan
Schiavelli yang suka ketawa dengan kuat itu, anak guamnya sering
mengalami serangan jantung. – MyNewsHub
Friday, 8 March 2013
Filled Under:
berita luar negara
Lelaki Berdepan Hukuman Penjara Kerana Ketawa
Posted By:
zamri spoon
on 18:30
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sesuatu yang berlebihan akan berakibat fatal,termasuk tertawa
ReplyDelete