Wednesday 27 March 2013

Filled Under:

Malaysia tidak import empat produk Kit Kat mengandungi cebisan plastik

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjelaskan bahawa Syarikat Nestle Manufacturing (Malaysia) mengesahkan tidak pernah mengimport empat jenis produk Kit Kat keluaran syarikat Nestle yang dilaporkan mengandungi cebisan plastik. 
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua produk Kit Kat yang dipasarkan di negara ini oleh Nestle Malaysia adalah keluaran tempatan. 
Katanya KKM mengambil maklum laporan yang disiarkan beberapa laman web mengenai penarikan balik empat produk Kit Kat keluaran Nestle yang berpangkalan di Switzerland iaitu varian Hazelnut, Peanut Butter, Chocolate Fudge dan Karamel yang didapati mengandungi cebisan plastik. 
Dr Noor Hisham berkata semakan yang dilakukan melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) sehingga 26 Mac juga menunjukkan tiada pengimportan empat jenis produk Kit Kat tersebut ke negara ini. 
Pada 23 Mac, sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Singapura melaporkan di laman webnya, Nestle Switzerland menarik balik empat produk Kit Kat sebagai langkah berjaga-jaga berikutan tujuh pelanggannya di United Kingdom menjumpai cebisan plastik dalam produk itu.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers