Saturday 9 March 2013

Filled Under:

MENARIK!! UNTA PERNAH WUJUD DI KUTUB (KAWASAN PALING SEJUK) 3.5 JUTA TAHUN LALU


OTTAWA, zamrispoon -  Anda  kenali haiwan bernama unta , pasti anda kenal bukan , bukan sahaja nama melihat unta pon anda pernah bukan?, Unta dikenali sebagai binatang yang hidup di kawasan gurun dan kering. Namun, pada masa lalu, di pertengahan era Pliosene, moyang haiwan ini ternyata pernah hidup di kawasan sejuk, sangat dekat dengan kutub.

Fakta ini terungkap dari hasil penemuan fosil unta oleh pasukan penyelidik di Canadian Museum of Nature di Ottawa.

Pasukan penyelidik yang dikomandani oleh paleobiolog Natalia Rybczynski berjaya mencari fosil unta yang dianggarkan berusia 3.5 juta tahun di Pulau Ellesmere. Pulau itu terletak di bahagian paling utara Kanada, Nunavut.

"Fosil ini adalah bukti pertama yang menunjukkan bahawa unta pernah hidup di kawasan itu," kata Rybczynski

"Penemuan ini mengejutkan kami. Sebabnya, kita sering mengaitkan unta sebagai haiwan yang hidup di habitat beriklim kering (arid) dan setengah kering (semi-arid)," ceritanya lagi.

Ada 30 buah tulang yang merupakan bahagian tulang kering fosil unta yang berjaya ditemui pasukan penyelidik. Tulang-tulang itu kemudian dikenalpasti menggunakan kaedah collagen fingerprinting. Jumlah protein, bernama Kolagen Type I, yang terkandung dalam tulang tersebut dikira.

Berdasarkan hasil analisis yang diterbitkan pada Jurnal Nature Communications kemarin terungkap bahawa nenek moyang unta yang dijumpai berusia 3.5 juta tahun dan ukurannya 1/3 kali lebih besar daripada unta moden yang hidup ketika ini.

Rybczynski mengatakan, keadaan pada masa 3.5 juta tahun lalu memang berlainan bagi unta untuk boleh hidup di kawasan berdekatan dengan kutub. Pertengahan era Pliosene itu dikenali dengan keadaannya yang hangat. Suhu global masa itu 2-3 darjah Celcius lebih hangat dari suhu saat ini.

Ke depannya, Rybczynski dan pasukannya merancang untuk meneruskan carian unta di kawasan sekitar kutub utara. "Kami berharap dapat mencari bukti yang lain," kata Rybczynski.
sumber




2 comments:

Nuffnang Ads

Followers