Tuesday, 19 March 2013

Filled Under:

MISTERI VAMPIRE "DHAMPIR" YG TIDAK TAKUT PADA MATAHARI

Ada sebuah Jenis Vampire yang bernama Dhampir jenis vampier ini tidak takut pada matahari padahal pada umumnya vampir akan takut jika terkena matahari nah kamu tahu kenapa Dhampir ini boleh kebal dengan matahari.

Dhampir (juga dikenali dengan nama dhampyre atau dhampyr) yang boleh didapati di dalam legenda Bahkan merupakan sebutan bagi keturunan vampire, di mana biasanya mereka mempunyai ayah seorang vampire dan ibu dari manusia biasa. Konon mereka mempunyai kekuatan yang sama kuatnya dengan kaum vampire, atau bahkan lebih besar. Berbeza dengan vampir yang lemah terhadap cahaya matahari sehingga tidak dapat keluar di siang hari, dikatakan bahawa para dhampir tidak mempunyai kelemahan tersebut.

Kata asal dahmpir dipercayai berasal dari bahasa Albania "pij" atau "pirё" yang bererti meminum, disambung dengan "dhёmbё" atau "dham" yang bererti gigi. Jadi dhampir mempunyai erti awal "meminum dengan menggunakan gigi". Mitos lain menggunakan dhampir untuk yang lelaki, dhampiresa untuk yang wanita.

The Origin of Dhampir





Dalam legenda Balkan, para vampir lelaki dipercayai mempunyai hasrat besar terhadap wanita. Kerana itu tidak menghairankan jika seorang vampir akan kembali mendatangi wanita yang disukainya, dan bahkan melakukan hubungan seks. Sebuah catatan sejarah mengisahkan tentang seorang janda dari Serbia menyalahkan suaminya yang telah meninggal dan menjadi vampir, yang telah membuatnya hamil. Dalam legenda Bulgaria, vampir bahkan kadang merayu para perawan. Kadang-kadang mereka akan pergi ke sebuah kampung baru di mana para penduduk tidak mengenali dirinya, untuk berkahwin dan mempunyai keturunan. Meskipun vampir adalah mahkluk undead namun mereka tetap dapat menghamili wanita normal, dan dari kombinasi antara mahkluk undead dengan manusia biasa itulah maka terlahir sosok dhampir. Hal tersebut sangat berbeza dengan legenda vampire dalam popular culture, dimana diceritakan bahawa semua vampire adalah sterile alias mandul. Dan hanya melalui besarnya kecintaan sang vampir terhadap seorang wanita-lah yang membuatnya mampu menghasilkan keturunan.


Features of a Dhampir
Beberapa tradisi, mitos dan legenda menjabarkan mengenai tanda-tanda dari seorang dhampir. Dalam legenda Serbia disebutkan bahawa susuk dhampir mempunyai rambut hitam legam dan hampir tidak memiliki bayangan tubuh. Sementara dalam legenda Bulgaria, tanda-tanda seorang dhampir adalah tubuhnya yang sangat halus, tidak mempunyai kuku dan tulang serta tanda lahir yang sangat jelas di belakang seperti ekor. Ciri-ciri lain adalah bahagian-bahagian wajah yang tidak normal, seperti telinga, hidung, mata atau gigi yang lebih besar berbanding manusia biasa. Menurut J. Gordon Melton melalui bukunya yang berjudul The Vampire Book: The Encyclopedia of the Undead, seorang dhampir sejati memiliki tubuh seperti jelly dan berumur pendek - mengadaptasi dari sebuah kepercayaan yang menyatakan bahawa vampire tidak mempunyai tulang. Kerana perawakannya berbeza dari manusia biasa, dhampir di seluruh legenda digambarkan memiliki kemampuan yang melebihi manusia mahupun vampire.

Namun perawakan sesosok dhampir sangat berbeza dengan apa yang digambarkan oleh dunia industri hiburan. Seorang vampir (baik lelaki atau wanita) memang digambarkan memiliki kecantikan atau ketampanan yang sukar ditandingi, dimana semua itu mereka jadikan modal untuk memudahkan mereka memangsa manusia. Namun keturunan mereka (alias dhampir) tidak mewarisi ketampanan atau kecantikan tersebut. Kerana dhampir adalah gabungan antara mahkluk undead dengan manusia normal, konon kelahiran mereka menyalahi aturan alam sehingga mereka akan kelihatan buruk rupa, dengan wajah yang tidak profesional. Ada beberapa mitos yang menyebutkan para dhampir mempunyai hidung seperti kelawar atau bahkan tidak memiliki hidung sama sekali. Mitos Serbia menjabarkan dhampir mempunyai kepala yang sangat besar dan tubuh yang tidak mempunyai bayangan.

Dhampir as a Vampire Hunters


Dhampir, meskipun merupakan keturunan dari susuk vampire, memiliki sifat natural sebagai pemburu vampire. Hal tersebut kemungkinan disebabkan oleh rasa dendam pada ayah mereka, yang membuat mereka tidak boleh hidup sebagai manusia biasa. Kekuatan serta kelajuan sesosok dhampir yang melebihi manusia biasa (sebagai warisan dari orang tuanya) memudahkan mereka menghadapi para vampire, bahkan mereka dapat mengesan kewujudan vampire meski mereka sedang menyamar sekalipun!! Sementara para vampir mempunyai kelemahan seperti tidak tahan sinar matahari mahupun air suci, para dhampir tidak mewarisi kelemahan tersebut kecuali satu: keperluan akan darah. Kaedah yang mereka untuk membunuh vampire kurang lebih sama seperti yang digunakan manusia, seperti memasukkan pasak kayu ke jantung vampire atau melakukan ritual tertentu di kubur sang vampire untuk memusnahkan kekuatan iblis yang berada di dalamnya.

Trivia

Salah satu dhampir paling terkenal dalam game adalah Adrian Farenheights Tepes, juga dikenali dengan nama Alucard, putra dari Dracula dalam siri game Castlevania.
Gambaran mengenai dhampir selaku vampire hunter dalam dunia Marvel Comics boleh ditemui dalam diri Eric Brooks alias Blade. Rayne selaku tokoh utama dalam BloodRayne, dibuat berdasarkan karakter dhampir dari game Nocturne buatan Terminal Reality yakni Svetlana Lupescu
.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers