Jakarta: Penyanyi dangdut Julia Perez atau Jupe akhirnya dihantar ke penjara Pondok Bambu di sini semalam untuk menjalani hukuman penjara tiga bulan.
Dia sebelum itu ditahan kira-kira 12 jam di lokap sebuah mahkamah di Jakarta Timur setelah ditangkap di Cibubur oleh pegawai mahkamah malam kelmarin.
Penyanyi lagu ‘Belah Duren’ itu dilihat dibawa keluar dari bangunan mahkamah itu dengan kawalan ketat pada jam 10.50 pagi (waktu tempatan).
Penyanyi dangdut Julia Perez |
“Terima kasih jika anda bertanyakan khabar saya. Ya, Alhamdulillah sudah mula pulih,” kata Jupe kepada wartawan dan orang ramai yang berkerumun menanti kemunculannya di luar mahkamah.
Turut berada di situ ialah teman lelakinya, Gaston Castano.
Mahkamah sebelum ini pernah mengisytiharkan penyanyi itu yang nama sebenarnya Yuli Rahmawati sebagai orang buruan selepas dia gagal menyerah diri kepada polis pada 25 Februari. Jupe tidak banyak bercakap selain meluahkan rasa terima kasihnya itu sebelum dia dibawa ke penjara. Dia sebelum ini mendakwa gagal menyerah diri kerana berdepan dengan masalah kesihatan. SUMBER,hmetro.com.my
Ingat mati untuk kusyuk solat -mybabah.blogspot.com
ReplyDelete