LAHAD DATU - Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu melalui saat cemas
apabila ditahan sekumpulan tujuh lelaki bersenjata semasa menunggang
motosikal untuk pulang ke rumahnya berdekatan Kampung Tanduo di sini,
namun mujur mereka hanya meminta rokok.
Menceritakan detik cemas pada Isnin lalu, Abdul Rahman Seilani, 53,
berkata, dia terserempak dengan sekumpulan kira-kira tujuh lelaki
bersenjata dan berpakaian celoreng di jalan raya di kampung itu
kira-kira pukul 9 pagi.
"Ketika saya lalu di depan mereka, seorang daripada lelaki itu meminta rokok daripada saya dalam bahasa Melayu.
"Saya kemudian memberikan mereka sekotak rokok yang saya ada dan
mereka memberikan wang RM50 tetapi saya tidak mengambilnya," katanya
ketika ditemui di Dewan Fajar Harapan di Felda Sahabat kira-kira 130
kilometer dari sini semalam.
Bimbang dengan keselamatan diri, Abdul Rahman mengambil keputusan
untuk segera meninggalkan kampung menerusi pesisir pantai untuk ke
Kampung Tanjung Labian yang terletak bersebelahan kampungnya.
"Saya kini tinggal bersama anak di kuarters pekerja Felda di Fajar Harapan," katanya.
Dewan Felda Harapan di Felda Sahabat itu menempatkan penduduk dari
tujuh kampung yang berpindah berikutan tindakan pasukan keselamatan
menggempur kedudukan pengganas di Kampung Tanduo, kira-kira 130
kilometer dari sini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Friday, 8 March 2013
Filled Under:
kosmo
TERKINI!! PENCER OBOH S U L U TERDESAK MINTA ROKOK KEPADA PENDUDUK
Posted By:
zamri spoon
on 07:10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment