Friday, 15 March 2013

Filled Under:

TERKINI !! PENGG,ANAS S.U.L.U BAWAK PEDANG SAMURAI


GAMBAR HIASAN

LAHAD DATU: Seorang lelaki disyaki baki pengganas Sulu ditahan ketika menunggang motosikal di satu sekatan jalan di Kampung Tanjung Labian, di sini, pagi ini.
Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan berada dalam keadaan mencurigakan ditahan pasukan keselamatan sebelum menemui satu bungkusan dalam raga motosikalnya, kira-kira jam 10.45 pagi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pemeriksaan ke atas bungkusan dibawa lelaki itu, pasukan keselamatan menemui dua pedang samurai dan tiga parang.

Beliau berkata, lelaki terbabit kemudian terus dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk siasatan lanjut.
FotoDUA helikopter Pasukan Udara Tentera Darat iaitu Agusta 109 LOH tiba di Felda Residence, Lahad Datu, pada hari kesepuluh Op Daulat, hari ini.

"Anggota Bahagian Siasatan Jenayah sedang menyoal siasat lelaki terbabit bagi mengetahui siapa dia sebenarnya dan kenapa membawa senjata tajam," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Felda Residence Sahabat, di sini.


Menurutnya, pasukan keselamatan juga sedang menjalankan beberapa sekatan jalan raya di kawasan operasi dan orang ramai sama ada penduduk atau wartawan dilarang memasuki kawasan berkenaan untuk keselamatan.

"Ini kerana kawasan berkenaan masih ada operasi dijalankan bagi memburu saki baki pengganas. Saya juga sudah menilai keadaan dan menasihatkan orang ramai agar tidak memasuki kawasan operasi tanpa kebenaran pasukan keselamatan.

"Dalam tempoh 24 jam lalu, tiada dilaporkan berlaku pertempuran. Namun, kami percaya saki baki pengganas masih berada di kawasan itu. Lokasi pengeledahan juga sedang dikecilkan," katanya.

Katanya, beliau juga sudah melawat operasi pasukan unit forensik yang menjalankan proses membuat profil semua 18 mayat pengganas yang kini ditempatkan di Bilik Mayat Hospital Lahad Datu.


SUMBER;-hmetro.com.my




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers