Suara kucing yang suka mengeong di malam hari memang mengganggu. Namun sekurang-kurangnya anda masih patut bersyukur bukan kucing satu ini yang mengiau. Merlin, kucing berusia 12 tahun dari Britain, mampu mengeluarkan suara mendengkur yang lebih keras dari bunyi kereta api London Underground.
Merlin suka mendengkur ketika bangun tidur, lapar atau bermain dengan dua anjing majikannya, Bobbie dan Muppet. Tracy Westwood, pemilik Merlin adalah seorang pembaca kad.
"Kerana pekerjaanku mereka selalu mengatakan bahawa aku sudah memantrai kucing ini. Mereka bilang dia adalah kucing penyihir, kerana suara dengkurannya yang sangat keras," ungkap Westwood, seperti dilansir oleh Daily Mail (10/01).
Sebelumnya, rekod dengkuran kucing terkeras di dunia dipecahkan oleh Smokey. Kucing ini mempunyai suara dengkuran sekeras 67,67 desibel. Angka tersebut sama dengan suara kelas yang penuh dengan pelajar sedang bercakap-cakap.
Sementara suara dengkuran Merlin boleh mencapai 98 desibel, yang menyamai suara kereta bawah tanah atau suara motor yang melaju kencang.
Saat ini Westwood berharap Merlin boleh tercatat secara rasmi dalam buku rekod dunia sebagai kucing dengan dengkuran yang keras
JOM SAKSIKAN VIDEO MENARIK INI
ini yg aku cari selama nie....
ReplyDelete