Tuesday, 9 April 2013

Filled Under:

Bekas Perdana Menteri Britain meninggal dunia pada usia 87




LONDON – Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher meninggal dunia pada usia 87 tahun semalam selepas beliau diserang strok, kata seorang jurucakapnya, Tomoty Bell.
Bell berkata, dua anak Thatcher, Mark dan Carol mengumumkan kematian ibu mereka itu yang meninggal dunia pada waktu pagi.
Perdana Menteri Britain, David Cameron memendekkan lawatannya ke Sepanyol ekoran kematian Thatcher.
“Ia merupakan sesuatu yang amat menyedihkan apabila saya mengetahui kematian Thatcher.
“Kami kehilangan seorang pemimpin yang hebat, seorang perdana menteri yang hebat dan seorang warga Britain yang hebat,” katanya menerusi Twitter.
Cameron merupakan anggota parti Konservatif yang juga dianggotai Thatcher.
Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II turut melahirkan perasaan sedih ekoran kematian bekas Perdana Menteri itu.
Menurut ratu tersebut, baginda akan menyampaikan mesej peribadi kepada keluarga Thatcher.
Thatcher yang diberikan gelaran sebagai Wanita Besi Britain menjadi Perdana Menteri wanita pertama Britain pada tahun 1979.
Beliau juga merupakan pemimpin pertama parti Konservatif yang memenangi tiga pilihan raya umum berturut-turut di Britain.
Thatcher meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1990 dan digantikan dengan John Major.

CAMERON (kiri) berbual dengan Thatcher di 10 Downing Street di London pada 8 Jun 2010.


“Pembaharuan dalam bidang ekonomi, undang-undang perdagangan dan penawanan semula Kepulauan Falkland mengangkatnya ke landasan yang menjangkaui landasan politik biasa dan ia tidak mungkin dicapai menerusi seorang lagi pemimpin,” kata Major.
Thatcher mengetuai penswastaan agensi kerajaan di Britain.
Wanita itu juga mengetuai usaha Britain untuk menawan semula Kepulauan Falkland yang ditawan tentera Argentina pada tahun 1982.
Bekas Perdana Menteri itu diserang strok ringan pada tahun 2002 dan berasa amat sedih selepas suaminya, Denis meninggal dunia pada tahun 2003.


Terdapat spekulasi tentang kesihatannya sejak beberapa tahun lalu.
Pada tahun 2011, seorang aktres terkenal Britain, Meryl Streep melakonkan wataknya sebagai seorang bekas pemimpin yang menghidap penyakit lupa.
Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Gordon Brown dari parti Buruh yang merupakan saingan parti Konservatif pernah mengundangnya untuk minum teh bersama dengannya. – AGENSI






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers