Coelacanth disebut sebagai fosil hidup. Ikan ini mempunyai panjang 2 meter dan berat 90 kilogram, yang dianggap pupus sejak 70 juta tahun lalu. Akan tetapi, anggapan pupus pada spesies ikan ini dinafikan setelah seorang pemancing menangkap coelacanth pada 1938.
Disiarkan Wired, Rabu (24/4/2013), haiwan air yang masih hidup ini persis dengan fosil nenek moyang coelacanth, yang dahulu pernah hidup 300 juta tahun lalu.Kini, analisis pertama dari gen coelacanth mengungkap mengapa ikan ini tidak mempunyai perbezaan bentuk fizikal , meski terpaut waktu dari generasi coelacanth di ratusan juta tahun lalu.


Khabarnya, haiwan ini hanya terlihat 309 ekor sejak 75 tahun terakhir. Sebahagian hidup di lepas pantai timur sub-Saharan Africa dan Indonesia.Kalaupun coelacanth berjaya ditangkap, namun haiwan ini segera mati kerana perubahan tekanan dan suhu. Selain itu, di bawah matahari tropika yang panas, DNA ikan ini akan cepat rosak.sumber
0 comments:
Post a Comment